Welcome to our blog

June 8, 2011

Layan macam pelacur


Dr. Rohaya Mohamed

Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar


KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi. Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.
 
“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing. - Berita Harian-
 
Apa punya statement laaa.. tapi Dr.... tapi statement cam ntah hapa-hapa....
 
1stly - cemana dia tau 'pelacur kelas pertama' tu layan pelanggan dia cemana?  nama pon pelacur... so, isteri2 sekalian... kena carik pelacur kelas pertama ni jadik guru ek...
 
2nd - kalau lelaki tu nk kawin ngan hang sebab nafsu seks semata2, baik tak yah!  Patut kahwin kerana ibadah.. kerana Allah... memang kahwin tu utk elakkan zina.. tapi itu je ke matlamat korang kawin? 
 
3rd - lelaki kalau nak carik lain, memacam alasan leh bg.. x semestinya pasal seks... pasal isteri x cantik lah (walau pun isteri selim melim), pasal isteri terlalu garang lah (cuba pk isteri tu garang sebab apa?), pasal x tau masak la (abis, antor la dia gi kelas memasak... pas tu masak la sesama... ), pasal x leh beranak lah ... (itu kerja Allah kot!)... isteri x leh bagi anak lelaki laaa (ni memang x sekolah punya laki!)... memacam pasal lagi la.. memang carik pasal jer.... memang seks pon salah satu sebab punca laki carik lain.... tapi kalau dah gatal tu gatal jer la.... x yah carik alasan!!!!!
 
4th - apapa pon, kepincangan sesebuah institusi keluarga itu berpunca daripada suami kerana suami lah yg menjadi ketua keluarga.. yg bertanggungjawab sepenuhnya mendidik isteri dan anak2.  Kalau suami hancur, isteri dan anak2 hancussssss!!!!
 
OK!  X stuju ngan Mimie?  X stuju sudah!  Ada ku kesah? hehe....

1 comments:

elita said...

hahhaa setuju sangat. Sbb setitik sirap abes air kosong sebelanga merah wahahhaa

my slideshow

My Trip

Phuket Trip Slideshow: Shamimie’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Phuket, Thailand was created by TripAdvisor. See another Phuket slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.