Welcome to our blog
There was an error in this gadget

August 28, 2011

Maafkan lah....

Bila Akal dan Hati berbicara..

Akal:  X lama lagi Syawal... kau tak mau maafkan dorang ke?
Hati:  Aku belum bersedia....

Akal:  Bukan ker ko dah maafkan dorang haritu?
Hati:  Kau yg dah maafkan... aku belum..

Akal:  Maafkan lah.. Nabi pon ampunkan umat.
Hati:  Hati aku belum sebersih Nabi.  Mungkin sebab tu aku masih belum dapat memaafkan.

Akal:  Selagi ko tak maafkan selagi itu ko takkan happy.
Hati:  Aku dah lama x happy.. benda ni memburukkan lagi ketidakhappyan aku.  Aku benci!


Akal:  Kenapa ko benci sangat ngan diorang?
Hati:  Sebab aku x pernah kacau dorang, tapi dorang kacau aku.  Dan alasan dorang menyakitkan aku ialah - mengisi masa lapang, sebab bosan, hobi, inginkan perhatian.  Logik ke kacau aku sebab tu?  Hati siapa yg tak sakit?  Jadi, salahkah kalau aku panggil dorang J****g?  Diorang yg membuktikan memang diorang tu layak dipanggil J****g!

Akal:  Tapi kalau bertepuk sebelah tangan x kan berbunyi.  It takes 2 to tango.
Hati:  Itu yg membuatkan aku lebih sakit... alasan dia kerana main2 jer.  Dia hanya main2.  Ko faham x sekarang kenapa aku sakit? Sampai hati dia...

Akal:  Dia kata camtu sebab nak jaga ko.. x nak ko sakit.
Hati:  Jaga la sangat kan!  Aku tetap sakit!

Akal:  Nobody is perfect.
Hati:  Aku tau.  Tapi seseorang tu leh belajar jadi yang terbaik.

Akal:  Kau sendiri bukan yang terbaik.
Hati:  Tapi aku x pernah sakitkan hati diorang camni.  Aku x pernah kacau sesapa camni.  Kalau aku nak, dah lama dah!  tapi ada hati yang perlu aku jaga.  Ada maruah yang aku junjung.  Ada perasaan yang perlu aku bela.  Semua untuk dia!  Tapi dia x pernah menghargai, dia x pernah nampak, dia x pernah nak jujur.  Dia terlalu sombong!  Sombong dengan pemberian Allah.  Aku x tergamak nak buat macam tu pada dia.  Kenapa dia buat aku camni?

Akal:  Sampai bila ko tak nak maafkan diorang?
Hati:  Selagi aku sakit, selagi itu aku x boleh nak maafkan diorang.

Akal:  Habis tu, apa yg boleh buatkan ko maafkan diorang?
Hati:  Aku mahukan penjelasan.. sejujur-jujurnya... bukan tipu aku camni!  Dan aku mahu dorang buktikan yang diorang dah berubah!  Dan dia... aku x mintak harta benda di dunia ni.  Aku cuma nak dia jujur dengan aku.  kalau masih sayang, peliharalah aku, bimbing lah aku.  Kalau x, lepaskan lah aku.  Jangan terlalu tamak!

Akal:  Walaupun ianya nanti akan lebih menyakitkan kau?
Hati:  Ya.  walaupun lebih sakit, insyaallah aku akan boleh memaafkan.  Sebab aku nak cuba fahamkan kenapa aku dibuat camni.  Bukan terus tipu aku.. bukan bagi alasan bodoh!  aku x bodoh!

Akal:  Kau berdendam?
Hati:  Diorang yang ajar aku berdendam.  Pengalaman mengajar aku macam2.  Aku x suka berdendam.  Tapi  dia.. ya!  especially dia... dia yang mengajar aku!

Akal:  Berdendam adalah sifat syaitan.
Hati:  Ya Allah!  Ampun kan aku... berilah aku petunjuk! Lembutkan lah aku.  Aku x mahu ikot perangai syaitan.  Tapi aku x berdaya menepis kesakitan ini.  Sakit Ya Allah!  Aku hampir mati! Aku masih berdiri di sini kerana si kecil.  Ku pohon Ya Allah! Bantu lah aku... bersihkan lah aku... Aku sangat kotor.

Akal:  Maafkan lah... Kau akan tenang.
Hati:  (menangis lagi... berdarah lagi... sakit lagi....) Ampunkan aku Ya Allah!  Aku masih x berdaya. Bantu aku Ya Allah!  Aku x kuat.

Akal:  Bertaubatlah.  Semua yang terjadi atas kehendakNya.  Ini memang ujian untuk kau Hati.  Pasti ada hikmahnya.
Hati:  Aku tau.  Aku sedar.  Aku percaya.  Tapi aku masih belum kuat untuk melawan kesakitan yang aku tanggung.

Akal:  Istighfarlah.
Hati:  Astaghfirullah!  Hanya masa yang menentukan.  Doakan aku. (menangis lagi....)


August 26, 2011

PaRam

Minggu depan dah raya.... sekejap je kan!  Tapi still ada masa nak gi PaRam (Pasar Ramadhan).  Peniaga2 kat PaRam tu semua creative2 belaka.. macam-macam kuih ada jual.. macam-macam kaler.. macam-macam bentuk.

Dulu, pernah bulan Ramadhan dekat2 ngan pilihanraya.... so, kuih semua dinamakan ikot nama politicians kat Mesia ni. 

Haaa.... Ni yg terlatest.... korang tau x kat mana leh jumpa bubur ni?  Kalau tau habaq na... menjadi kegilaan anak2 daraku.... :P

Wajarkah seorang Muslim buat cenggini?

Received an email from a friend of mine.  Maybe ni gambar lama. 
Maybe aku jer yg baru tau.  Maybe orang lain dah tau lama dah.. cerita basi..





Apa pon, yg menjadi persoalannya sekarang.. napa dia buat cenggini? Mungkin dia jahil.. harap dia dh bertaubat.



Kalau setakat pegang, no hal. boleh samak. Tapi bela? Malaikat x masuk rumah kan!
X per.. anggap jer dia jahil... maybe dia dah bertaubat.




Tapi rasanya she's not the first Muslim yg bela anjing kot. Ramai lagi..
cuma mungkin x seglamour dia... Memang comel anjing tu.. tapi lu pk la sendiri ek.... 
Wallahualam.

August 24, 2011

Penjara Pudu

Siang tadi, seperti biasa baca blog Mazidul Akmal Sidek.  Suka tengok tinjauan beliau mengenai entiti paranormal, separuh normal, x normal dan normal.

Macam-macam cerita ada kat blog dia... antara yg terlatest ialah pasal tinjauan beliau ke penjara pudu.  Saya pernah menyuarakan hasrat untuk melawat penjara pudu kepada suami, tetapi tidak dilayan.  saja, teringin nak tengok.  so, bila tengok dia buat liputan pasal penjara pudu.. apa lagi... big bos lalu kat belakang pon boleh x perasan.  khusyuk baca.  nasib dia x marah. hehehe...

Memang menarik.  kalau korang nak baca cuba klik di sini.

Kalau dia leh intereview penjenayah besar kenapa buat jenayah cam bunuh ker, rogol ker, buang anak ke, dera ke... best jugak!  saja nak tau, apa ada dalam kepala otak penjenayah2 ni sampai sanggup buat jenayah berat cenggitu.  apa perasaan dorang masa buat jenayah tu.. ada yg siap kerat2, sembelih2... memang x paham.  kalau tengok blog dia, ada jugak penjenayah2 yg insaf kat dalam penjara... bila kesunyian baru terasa menyesal.  Tapi, dah x leh nak buat apa dah... especially kalau hukuman tu ke tali gantung.  Seram tengok gambar2 tu.. tapi memang menarik.

Selamat membaca!

berbuka puasa

Hari ini merupakan hari ke 24 umat islam berpuasa. Lazimnya masing-masing berebut-rebut pulang ke rumah untuk berbuka bersama keluarga tersayang. Bagaimanapun, hasil tinjauan kami di beberapa lokasi di sekitar ibu kota mendapati semua kedai makan penuh dengan umat Islam yang mungkin tidak sempat untuk pulang ke rumah dan memaksa mereka untuk berbuka di luar. Atau mungkin juga mereka sengaja berbuat demikian kerana ingin berbuka bersama-sama teman atau mungkin juga kekasih gelap/terang mereka. Bagaimanapun, ada juga yang terpaksa berbuka sendirian. Apa pun, janganlah kerana terlalu ghairah berbuka di luar sehinggakan terlupa mereka yang setia menanti di rumah. Apakah juadah berbuka mereka sehebat kita?

Mungkin ramai juga yang terpaksa berbuka di dalam pengangkutan awam. Juadah berbuka pastinya tidak sehebat mana. Saya sendiri mempunyai pengalaman begitu.

Hari ini kami terpaksa berbuka di luar.  Selepas memaklumkan anak-anak di rumah, kami memilih lokasi di Bandar Baru Selayang untuk berbuka. Pukul 7pm semua restoran telah pon penuh. Lalu kami pon masuk ke sebuah restoran yang agak kosong. Mungkin kerana masih baru dan belum lagi gah atau sehebat restoran-restoran di sekelilingnya seperti Tuu Dia Pak Tam, Air Buah Gelas Besar, Rumpun Selera atau pun Nasi Lemak Ujang. Nama restoran yang kami terjah ini ialah Bikers Point.



Bila ditanya apa yang istimewa di sini, kami diberitahu ikan bakar adalah signature dishnya. Lalu kami pon mencuba ikan bakarnya.






Bagaimanakah rasanya?  Bagi saya, masih belum dapat menandingi kehebatan ikan bakar Fendi Ikan Bakar di Kelana Jaya.  Tapi bagi suami, sedap katanya.  Cuma dia sakit perut lepas makan sebab banyak sangat cili api yang ditelannya.  Tak pe lah.  Ini rezeki kami untuk hari ini.  Alhamdulillah.

Semoga Allah limpahkan lagi rezeki untuk kami sekeluarga dan anda semua.  Insyaallah.

P/S:  hehehe.. terpengaruh dengan cara penulisan Mazidul Akmal Sidek... sama x?  sama x?  mesti la TAKK!!

August 19, 2011

Kantoi lagi...




Conversation with a friend of mine:-

Friend:  Aku x sangka... they looked really loving.  The husband always kiss the wife on the forehead everyday and everytime they meet and wanna say babai.  Bila nak babai tu cam x mo lepas bini dia ... Tell me, berapa ramai husband yg buat cenggitu zaman skang ni?

Me:  hmm... Ok.. what happened?

Friend:  Husband dia ada affair!

Me:  Hmm.. sebab wife dia slalu travel kot... baru balik, kena kluar lagi...

Friend:  Ye lar.. dah keje.. bukan gi carik bopren kot.. bukan gi bercuti.. dia pon slalu travel gak..  and dorang slalu gi bercuti one family aper... memang aku x sangka...

Me:  tapi husband dia travel x seselalu wife dia.. maybe husband dia nak attention kot.

Friend:  Wife dia tu kan somebody kat company tu.  slalu la travel.  tapi dorang slalu calling2...  smsing.. husband dia pon slalu kalau cakap tepon ke.. sms ke.. tersengih sorang sorang....

Me:  bukan dengan wife dia kot!  hehehe ... ntah la... benda kalau nak jadik.. jadik jugak.  tapi cemana leh kantoi?

Friend:  blackberry...

Me:  hmm... kejadian ke dua aku jumpa ... kantoi sebab blackberry... agaknya apa masalahnya ek?  wife dia cantik... loving, always smile, friendly... sopan jer...

Friend:  mid life crisis?

Me:  Maybe... so, cemana dorang skang?

Friend:  Perang besar la.. sian anak2.  Wife trying to get an explanation from the husband.. husband can't give a good explanation.  Now google-ing how to get back his wife.  He doesn't want to divorce his wife.

Me:  Well.. he should have thought of that before he had an affair.  Have you seen the girl's photo?

Friend:  Nope.  but the wife has.

Me:  Hmm.. I could understand how she feels right now.  Sigh...

so, my question to all men....

1.  Kenapa curang?
2.  Kalau ada salah si isteri tu pon, napa x dibimbing? 
3.  What is your expectation from a wife?
4.  Have you ever think of your wife before you cheat?
5.  What if your wife cheating on you?  How would you feel?
6.  How about you?  Do you think you are so good that you deserve a better one????

WHY???

Same goes to single women out there...

Why someone's husband?????

August 18, 2011

16 August - Majlis Berbuka kat Opis

16th Aug yg lepas, kampeni aku ada buat majlis berbuka puasa for all staff.  It was FUN, EXCITING, AND YUMMY!!!

Before citer pasal bukak pose tu, wanna tell you about the movie I watched with Pakcik Parley.  Ye lar.  balik kol 5pm.  Majlis start kol 7pm.  Apa lagi nak buat?  tengok movie ler.. citer apa?  citer nih...


Tengok kat mana?  Mana lagi... Midvalley ler... show kol 5.30pm.  tapi kitorang masuk lambat sket sebab Pakcik Parley sibuk setup audio/microphone etc utk majlis tu.  Kitorang masuk lewat dalam 10 minit jer cenggitu.

Cerita dia.. best la... sungguh kelakar!  Tapi... strictly 18SX!!!!!  Lucah giller!  Yg kelakar bukan bab lucah tu.. tapi kebodohan dorang ni memang melucukan.... and the bosses!  Mashaallah!  memang giller horrible.  Selama aku bekerja ni, aku ada la jumpa 2 org lady boss yg horrible cenggini.  Salah satu sebab aku benti RapidKL dulu pon, sebab nak elakkan diri sendiri dari buat benda2 bodoh sebab hangin ngan bos giller tu.  But I'm glad that I resigned.  Kampeni aku skang memang best!

Bos yg lagi sorang tu bukan bos aku.  Tapi aku cukup sakit hati dengan kegilaan dan kebodohan dia.  nama Senior Manager .  tapi bodos!  ditambah plak dengan malaun2 yg rajin jilat bontot dia tu... dia marah org pilih kasih, abis apa yg dia buat skang ni? Ish!  nasib bukan bos aku.. kalau tidaaakkkk.... pas tu lidah bercabang lak tu... eeee... memang dia bernasib baik x dpt staff cam aku.  Teringat perjuangan menentang bos giler kat Rapid dulu dengan Hami, K. Nor Rizah, KBK dll.  X per.. pompuan tu pon dah x de kat situ.. padan muka!

Ok.  berbalik kepada citer tadi, hbs movie dalam kol 7.15pm cenggitu.  Kami pon bergegas balik ke opis.  tengok makanan seme dah terhidang.





hmm... banyak tul makanan.  sate pon ada tapi masa snap gambar ni belum sampai lagi.

Teringat sebelum tu, Jessy n her bos teringat nak remind our Social Committee utk x beli air mabuk for this event.. hormat Ramadhan.  So thoughtful, kan!  Padahal, kalau dorang nak minum, itu hak dorang... tapi they have the courtesy to remind the committee about this.  Baik kan!  And they all let the muslims to take the food and break our fast first before they also serang the food.  Make sure kitorang seme selesa makan.  Thanks colleagues!

Yg kesiannya ialah my darling hubby... bukak puasa sensorang.  Pas tu tunggu aku abis bukak puasa.  Dia minum sno jer... x makan... pas tu jalan2, pusing2... aku balik lambat kot!  sebab lepas bukak puasa, kitorang ada quiz!  Chop!  sebelum citer pasal quiz tu, nak citer pasal sno dulu... korang dah pernah try?  pernah tengok booth ni kat pavillion / mid valley?  memang best!  korang should try... malas nak citer.. korang tengok gambar je la ek... dia cam lebih kurang subway jugak.  pilih sendiri apa nak.  touch screen ok!  kalau ramai sangat orang, dia soh main ipad utk pilih.  memang marbeles!!!  tengok nih..







Ada lagi stories about SNO.. click here.

Ok.  sambung citer... lepas bukak puasa tu, kitorang ada quiz.  soalan nyer berkenaan staff, office and partners.  bila soalan tentang partners, all partners cannot answer.  It was really fun!  group mana yg ahli nyer melambangkan 1Malaysia, dpt bonus 30 marks.  Sapa jawab betul, +10 marks.  Kalau salah -10 marks.  Kalau group pertama jawab salah, group ke dua jawab betul, +5 marks.

Jessy dah tukar jadik Jeslina hari ni sebab dia pakai baju kurung.  Pukul 9.15pm baru abis quiz tu.  Dan group Jeslina yg menang.  Hadiahnya?  RM500 cash ok!  So, now leh tau la sapa yg paling kepochi kat opis tu.. ahhahahahaha... it was really fun!  I had a wonderful night.  

Cuma kesian kat my darling hubby sebab kebulur.  Nasib dah tapau sket makanan.  Balik umah jer terus pakcik tu makan.  Sian...

Movie! Movie! Movie!



31 July aritu me, hubby, little bro - Pakcik Parley & my mom went to GSC OU to watch Captain America...

 masa ni baru sampai... baru lps parked kete... 
excited giller nak nengok Captain America.

Mama malu nak tangkap gambar... 

Time ni dah nak balik dah.

Have u watched it?  What do you think?  To me... the movie was ok... x la best sangat... biasa jer... not up to my expectation.  maybe coz this is the intro. cuma teruja tengok mamat tu dari kecik, kurus kering terus jadik macho.  Tapi lain orang lain la pendapat dia kot.. My hubby suka sebab dia suka tengok suasana zaman tu.  dia suka keadaan masa tu... cam bes katanya....

Tapi yg paling dia x sabar nak tengok ... citer nih... cer tengok.. sama x?  idola dia la niii...


Lepas tengok wayang, gi usha kete Pakcik Parley... member dah tergila2 ngan Inspira.  Dok terpk2, nak beli kaler hitam ke putih?  Mama dok hasut dia beli Exora.. senang nak balik kampung.  Leh letak durian, rambutan, cempedak.. ngeh ngeh ngeh.... tapi Pakcik Parley tetap dengan Inspira nyer....

Tapi orang lain yg nak beli kete, orang lain yg usha lebih... cer tengok nih....



X per.. biarkan dia berangan.  Asalkan dia bahagia... kan!  Katanya, kalau ada duit lebih, x tau nak buat apa... abang belikan kete ni utk Mimie ek.... hmmm... bila la agaknya tu ek?  x per.. it's the thought that count.  Amiiinnn..

Next movie... Twilight Breaking Dawn.... Can't wait!


August 13, 2011

Ya Allah!! Berantakan!!

Semalam macam biasa... sampai depan rumah hubby akan bunyikan hon 'Ten! Ten!".  Maka akan bertempiaran lah anak2 ku di dalam rumah termasuk Dani.  Ada yg kelam kabut nak carik kunci rumah nak tlg bukakkan gate (slalunya si Ecah, Is & Amirul), ada yg trus masuk bilik air utk mandi (slalunya si Farah.  Takut kena marah x mandi lagi), Dani cam biasa... tunggu kat depan grill.  Kalau grill tu bertutup lah.  Kalau x, dia pon kluar nak gi bukak gate jugak.  

Smalam Amirul keluar membawa surat dari tadika dia.  X sempat turun kereta lagi dia dah bagi surat soh Abah dia baca dan tunggu sampai abis baca.  Pas tu dia tanya.. "Dah?  Dah baca dah?  Dah faham?"... angguk je lar.

Masuk je rumah, slalunya perkara pertama yg keluar dari mulut aku.. "Anak2!  Tolong amik beg2 korang ni bawak naik atas.  Jgn biar bersepah depan pintu... depan tangga... Nak berjalan pon susah.  Nanti Dani 'baca' buku korang ni nangis Ummie nak ganti balik.  Beg bukan reti nak zip!".  Kalau dulu memasing liat jer nak bawak beg naik atas.  Kejap lah... nanti lah.... Sebulan, dua bulan, cenggitu jugak.  Maka pada satu hari, aku letak semua beg2 tu kat luar pagar dekat ngan tong sampah.  X cakap banyak dah.  Kelam kabut dorang kutip balik bawak naik atas.  And they learnt their lesson.  Sejak dari hr tu, aku x bising dah pasal beg nih.

Tapi semalaaamm.... terkejut beruk tengok rumah.  Seme pasal Dani.. cemana nak marah?  Dia sengih jerr.. Tengok la ni...




Satu lagi yg dia suka buat, masuk bawah meja, tolak kerusi makan jejauh.  Itu lah antara hobi dia skang selain menyembur dan tengok K-Pop.  hehe...

Permainan yg dia suka main ialah kejar2 n nyorok2.  Makan pon dah banyak skarang nih.  Perut pon dah boncit.  1 Aug aritu dia start berjalan lebih dari 2 langkah.  Skang ni kengkonon nak berlari.  Tapi setiap kali jatuh cecepat dia bangun and nak berlari lagi.  Memang kena ikot jer dia skarang.  X leh tinggal.  Sejak dah tinggi sket nih, seme benda dia nak capai.  Apa pon dh x leh letak atas meja.  Barang2 kat atas dressing table pon kena susun tepi2 dekat ngan cermin.  Rumah memang tip top sepahnya.

Farah yg dulu sibuk nak adik, skang ni dia kata serender.. Ummie jgn la beranak lagi.. Kakak x larat nak jaga.  Haaa... rasakan!

Baru jap tadi Is gaduh ngan Ecah.  Aku pon trus intai and pasang telinga dari atas.  Maka kedengaran la si Farah marah Is.  Ecah menangis.  Dani tercengang2.  Amirul tido.    Pas tu datang lah si Farah mengadu kat aku. "Ummie!  Tadi Is pukul Ecah ngan remote tv kat muka ngan badan!  Dia marah sebab Ecah bising main ngan Dani!".

Aku x kesah kalau setakat gaduh jer.  bab pukul-memukul ni yg aku x leh tahan!  Menyirap dengar!  Trus aku panggil dia naik atas.  Lepas 3 x panggil baru dia naik.  Tau aku nak bagi tazkirah kat dia. Air mata dia dah bergenang.  "Kamu ni kalau marah jer nak pukul org.  Sikit2 pukul.  Sampai bila nak camni?  Asyik nak belasah orang jer? Pergi masuk bilik sekarang dan jangan keluar sampai Ummie suruh!".  Menangis la dia kena duduk dalam bilik.

Is memang baran sket.  Ikut aku la tu... mungkin sebab darah 'pahlawan' yg mengalir dalam badan kitorang ni kot.. hehe... tapi aku memang risau ngan perangai dia yg bila marah jer kaki tangan semua naik.  Ecah plak mulut boleh tahan.  X padan ngan badannya yg kecik tu.  Kalau dorang gaduh, Farah la tukang leraikan.  Kalau Farah marah pon dorang x melawan.  Bagus ler.  Kalau aku x de, Farah la tempat dorang mengadu.  

Dani akan jadi penonton setia which is not good.  Kalau banyak sangat yelling and shouting, dia akan nangis.  Cenggini la hehari.  Gaduh... baik ... gaduh... baik... pening kepala kengkadang tu.  Slalunya aku biarkan jer dorang gaduh.  Dh x larat nak tegur.  Kalau ada yg menangis, aku suruh diam.  Tapi kalau kaki tangan naik, atau perang mulut berlarutan berjam2, baru aku masuk campur.  Setakat gaduh sikit2, pepandai dorang la settle sendiri.  

Bukan senang beranak ramai nih.  Itu baru bab gaduh.  Belum bab lain lagi.  Tapi bukan semuanya teruk.  Kalau salah sorang x de, they will miss each other.  Kalau sorang sakit, seme tolong jaga.  Itu la adik-beradik.

Iskandar.. walaupun dia suka blasah adik2 bila gaduh, tapi dia cam ustaz sket.  Kengkadang kitorang pon kena tegur.  Alhamdulillah lah.  

Amirul - yg paling melekat ngan aku.  Terharu bila dia belikan vitamin E utk aku lepas gi lawatan sekolah kat kilang Brands kat Shah Alam.  "Untuk Abah x de?"  tanya Incik hubby.. "X de.  Adik beli utk Ummie jer."  Sibuk ingatkan aku utk makan hari2.  "Adik x sayang Abah ke?" tanya Incik Hubby.  "Sayang.. tapi Adik lagi sayang Ummie"... hehehe... jangan jeles... aku x pernah manjakan dia pon.  Tapi dia la yg paling melekat ngan aku.  Kengkadang bila aku balik keje, dia tanya ... "Ummie penat ke?".. aku angguk jer.. trus dia picit kaki ngan tangan aku... pas tu Abah dia pon mintak picit.  Trus dia jawab "Ala.. adik penat laaa.." hehehehe... Ecah pon volunteer la picit Abah dia.  Ecah memang melekat ngan Abah dia jer.  

Dani... dia melekat ngan seme orang.  Manja kemain.  X pe ler.  kecik lagi.

Cenggini la kehidupan Shamimie hehari.  Incik hubby hanya akan masuk campur kalau aku dh x leh handle anak2.  Kalau x, dia relax jer.  Aku percaya, korang pon cenggini gak kan!  Inilah kehidupan org yg dah berkahwin n beranak.  Tol x?  But they are still my precious... my valuable treasure.. my love... no matter what.

August 12, 2011

Rahsia Lelaki

Time lunch (sebenarnya mana ada lunch.. kan nak balik awal... tapi blasah je ler..) ni aku terbaca blog Mazidul Akmal Sidek... Mesti korang kenal kan... ha... tertarik ngan post dia yg terlatest seperti tajuk di atas... so, aku baca punya baca punya baca... and decided to share with you all here... so, baca la ek.. menarik nih!  betul jugak apa yg dia cakap.... cer baca.. cer baca..

********

Selama ini saya berpeluang berkawan dengan ramai orang muda dan golongan berusia dari pelbagai bangsa.


"Bini call!," bisik lelaki berusia 47 tahun.

Dia kelihatan tersentak sebaik melihat nama isterinya terpapar di skrin telefon bimbit. Itupun jika dia melakukan perkara tidak direatui isterinya. Contoh, sedang berhibur sambil memeluk mesra pelayan pelanggan, GRO di pusat hiburan.

Lazimnya dia akan berlari keluar dari pusat hiburan itu dan kemudian sedaya upaya cuba mengawal cungap nafasnya.

"Ya? Tengah kerja. Kejap lagi I call balik," jawabnya dengan nada serius.

Andai tidak membabitkan panggilan kecemasan, komunikasi dinoktahkan di situ sahaja.


Dari riak wajahnya, dia kelihatan bersalah tetapi percayalah suami itu memiliki seribu satu kaedah untuk mengelakkan diri dari disyaki oleh isteri.


Tidak semua isteri bertindak terlalu taksub menghubungi suami berulang kali samada pada waktu siang mahupun malam. Majoriti mereka sibuk bekerja di siang hari dan pastinya ingin tidur lena selepas jam 10 malam.

Sebilangan suami bertindak lebih bijak terutama mereka bergelar eksekutif dan bertugas di antara jam 9 pagi dan 5 petang.

"Awak pergi ke mana malam tadi?," soal isteri.

"Jumpa kawan," balas suami ringkas.

Lazimnya suami sebegitu tidak pulang terlalu lewat ke rumah. Jam 9.30 malam, waktu bermulanya curfew, perintah berkurung. Itu waktu selamat untuk berada di samping isteri sekiranya mereka terbabit dalam kegiatan hanky panky.

The trick is easy.

Suami perlu mendisiplinkan diri masuk ke pusat hiburan seawal jam 5 petang dan keluar tepat jam 9 malam. Durasi itu dikenali sebagai happy hours samada di pub atau di pusat karaoke. Lazimnya sewaktu happy hours, harga minuman keras lebih murah, begitu juga caj perkhidmatan GRO.

Dalam tempoh 4 jam itu, mereka mampu berhibur tanpa had. Asalkan poket kembong, semua dihajati pasti dipenuhi. Alkohol dan wanita, kombinasi mampu membuatkan mereka lupa dunia buat seketika.

Majoriti mereka, lelaki berduit, pada masa sama bijak mengelakkan kegiatan dibongkar oleh isteri. Di rumah, mereka kelihatan seperti suami setia, pijak semut sekalipun tidak mati. Anugerah pelakon layar terbaik pasti digondol oleh mereka, jika 'lakonan' mereka berpeluang dicalonkan sebagai satu daripada kategori di festival filem.

Sebilangan mereka, bukan sahaja setakat berhibur tetapi memilki GRO simpanan. GRO sama melayan mereka setiap kali mengunjungi pusat hiburan.

Lazimnya GRO tidak berminat dengan lelaki pokai atau berpendapatan sederhana. Suami hidup mewah dilayan mengikut kehendak hatinya, GRO pula menerima ganjaran lumayan. It is a win win situation. Rahsia jarang terbongkar kerana lelaki bergelar suami itu hanya berhibur dengan rakan karib dipercayai sahaja. Mungkin juga rakan mempunyai rahsia sama. Pandai makan, pandai simpan, itu ringkasnya.


"Jangan main tahu, isteri selalunya mempunyai gerak hati tepat".

Mereka akur dengan kenyataan itu. Mereka juga tahu kenyataan sama berkebarangkalian memerangkap diri. Jika tidak dalam jangka waktu terdekat, mungkin di masa akan datang.

Jadi, kepada semua wanita bergelar isteri, jika terdetak di hati untuk menghubungi suami, lakukan. Usah teragak-agak kerana naluri wanita lazimnya membisikkan perkara benar.

Namun perlu diingat, bukan semua suami bersikap begitu. Fikirkan juga keselesaan mereka. Andai benar suami bekerja selepas matahari terbenam, percayailah kejujuran mereka. They are innocent until proven guilty. Jangan sampai akibat panggilan telefon dan penghantaran pesanan ringkas, SMS bertalu-talu mengeruhkan kebahagian rumah tangga.

"Aku kekadang rimas dibuatnya. Isteri call berpuluh kali, sedangkan kita ini bekerja mencari rezeki, berjumpa clients tanpa mengira waktu," keluh sebilangan suami.

Bayangkan tekanan dialami mereka.

"Dia ingat bila kita keluar malam, balik lewat, mesti jumpa betina. Itu masalahnya," tambah suami sama.

Itu antara rintihan biasa dilontarkan sebilangan suami setia, berhempas pulas mencari rezeki secara jujur.

Ringkasnya, setiap isteri pasti sudah mengenali sikap lelaki mereka tiduri sekian lama. Lelaki, ayah kepada anak mereka. Lelaki selama ini bersama mereka dalam keadaan susah dan senang dan lelaki mengepalai keluarga.

Itu kisah suami.

Lazimnya, remaja atau orang bujang berbeza kisahnya.

Mereka bercinta. Perempuan menggelar teman lelaki mereka, boyfriend, bf, singkatannya. Manalala lelaki pula merujuk teman wanita mereka sebagai girlfriend, gf.

"Apa fasal tadi tak bagi tahu you pergi mana?," tanya gf garang.

Lelaki ingin menjaga hati selalunya hanya berdiam diri dan membenarkan dirinya dileteri. Dileteri hanya kerana tidak memaklumkan gf berhubung pergerakannya.

Sebilangan pasangan muda, mengambil tindakan mudah. Mereka menggunakan kemudahan sistem telekomunikasi, friend finder. Kemudahan itu memudahkan mereka saling mengesan kedudukan gf atau bf masing-masing.

Usah tersenyum, saya pasti ada antara pembaca pernah melalui pengalaman getir sebegitu.

"Aku tak boleh keluar nanti Ina guna friend finder, mampus aku kalau dia tahu aku berada di tempat hiburan," ujar bf.

Tetapi ingat, lelaki terlalu terkongkong berkemungkinan menggunakan 9 akalnya untuk melakukan perkara di luar jangkauan pemikiran wanita.


Cukuplah cerita berhubung friend finder, saya tidak pernah menggunakannya perkhidmatan terbabit sewaktu bercinta.Telefon bimbit masih tidak wujud ketika itu.

"Aku rimas gila, gf asyik asyik call, kejap kejap SMS. Katanya risau tentang aku, kalau dia tak tahu apa jadi," keluh bf.

Kononnya, kalau pergerakan bf diketahui, perasaan gf lega.

Benarkah begitu? Atau itu hanya saya alasan kukuh, lambang ketidakpercayaan gf kepada bf?

Lambang sikap cemburu gf. Maksudnya dia khuatir jika bf melakukan perkara di luar jangkauan pemikirannya.


 "Bukan apa, silap silap dia dengan perempuan lain"

Kenyataan itu juga kerap dilontarkan gadis remaja. Kita tidak boleh menolak fakta, sebilangan bf memang berasa selesa sentiasa dihubungi gadis kesayangannya. At least she cares, dakwa mereka namun adakah majoriti bf berfikiran begitu?

Melalui pengamatan saya, akibat terlalu kerap diminta membuat updates, bf, lelaki belum lagi menjadi suami secara sah, mula berasa dirinya terlalu dikawal atau dikongkong.

Bayangkan, sewaktu bf bersama ramai rakan lelaki, tiba-tiba dihubungi gf.


"I dengan kawan-kawan, tak ada perempuan pun ...," ujar bf jujur.

Sebelum panggilan telefon diputuskan, tersipu-sipu bf akan memperlahankan suaranya.


"I love you," katanya.


Tidak berpuas hati, gf spontan menuntut 3-letter word itu diulang dengan nada lebih kuat.


Pastinya dia tertekan, begitu juga rakan di sekeliling. Mereka bukan sahaja merasai tekanan itu malahan bersimpati terhadapnya.


"Alah! Malu malu pula, cakap sahajalah," usik meraka.


Usahlah berasa terlalu yakin, kononnya lafaz 'I love you' diungkapkan bf di hadapan ramai temannya itu, lambang sebenar kesetiaan dan kasih sayang terpancar dari hatinya.


Ingat, lelaki tertekan, sedikit demi sedikit hatinya bakal memberontak.


Di masa akan datang, dia mungkin akan mengucapkan 'I love you' itu tetapi bukan kepada gf sama.

************

Hm... cemana?  menarik x?  aku nak tambah sket.. antara lain alasan yg slalu diberi bila isteri tipon ialah "sorry x dengar.  Phone abg silent kan tadi masa meeting / semayang.  lupa nak tukar" or "sorry x dengar.  Hp tertinggal dalam kereta".  So, bila tanya x vibrate ke tipon tu?  Jawapannya:  "Ntah. X rasa pon!".  Ataupun, "x dengar bunyik phone. rosak kot tipon nih." or "sorry x dengar.  radio kuat sangat".  or "sorry, bukan x nak kol balik, x perasan ada missed call."  Cenggitu ler... hehe..

Pompuan memang ada very good instinct.  Itu memang aku percaya.  Papa pon, semua kejadian ada hikmah nyer.  Allah lebih mengetahui... sabar je la ek... :P

August 10, 2011

Semuanya durian punyer pasal!

Durian fight leads to murder charge


SEREMBAN: An orang asli woman who allegedly assaulted her brother-in-law with a piece of wood following a fight over a durian nine days ago is being investigated for murder after the man died on Monday.

Police picked up the 40-year-old woman from her house in Kg Tekir in Labu near here on Tuesday, a day after her 54-year-old brother-in-law died at Hospital Kuala Lumpur (HKL).

The man had been warded at Tuanku Ja'afar Hospital following the assault but was rushed to HKL after his condition deteriorated.

The alleged incident happened on July 24 when the man claimed a durian, which had fallen from a tree belonging to the woman, after the fruit had rolled into his plot of land.

The woman demanded that he return the durian, but he refused.

A police spokesman said the man was believed to have picked up a piece of wood and challenged the suspect to take the fruit.

“They were later believed to be involved in a scuffle, causing the woman to break a finger and suffer bruises.

“The suspect was believed to have grabbed the wood from the victim and started hitting him until he collapsed,” he said, adding that the woman then walked to the Labu police station and lodged a report on the incident.

Police who rushed to the scene found the man sprawled on the ground and rushed him to Tuanku Ja'afar Hospital.

It is learnt that the victim's wife and the suspect's late husband were siblings.

The victim's wife and her brother had inherited a 2.4ha plot of land from their late father but the land was divided into two plots due to a family squabble.

The suspect's husband claimed the upper plot while his sister took the lower section.

Korang rasa dalam kes kat atas tu sapa yg bersalah?

Aku pon memang sukaaaa sangat makan durian.  Segala makanan yg berkaitan ngan durian aku suka makan.  Memang kengkadang sampai berebut2 ngan anak2. hehe... tapi x pernah la plak gaduh ngan sesapa pasal durian nih.. Inikan pulak membunuh.. hilang akal tol.. yg berebut tu napa.. beli je la yg lain.. kat pj ada.  sedap!  makan la sampai muntah.  aku makan 2 bijik jer pon dah kenyang 2 ari.. bayangkan!  harga pon x boleh tahan!  mahal!  tapi worth it!  x pe.. bukan aku yg bayar pon.. ngeh ngeh ngeh...

Selamat berpuasa!

Ni apa kes?

KAJANG: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun kini terlantar di hospital selepas kaki kirinya patah dipercayai angkara ibu sendiri yang menghumbannya ke dinding semata-mata untuk melepaskan kemarahan selepas bergaduh dengan suami yang juga bapa kandung mangsa.

Selain patah kaki, kanak-kanak lelaki itu turut mengalami lebam serta bengkak pada beberapa anggota badan dan lebih menyedihkan, dia hanya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas seminggu menderita kesakitan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku pada hari pertama umat Islam berpuasa 1 Ogos lalu di sebuah rumah di Taman Orkid di sini.

“Ibu terbabit yang berusia 23 tahun dipercayai menghumban anak lelakinya berusia dua tahun ke dinding rumah bagi melepaskan kemarahan selepas berselisih faham dengan suaminya.

“Selepas seminggu berlalu dan mendapati anaknya sering menangis, ibu terbabit membawa anaknya ke Hospital Kajang (HK) dan doktor mendapati mangsa patah kaki kiri serta lebam di beberapa anggota badan,” katanya.

Berita lanjut tengok Metro arini ek.

Baru pagi tadi post pasal penjenayah, ni ibu sendiri buat anak kandung cenggini ni apa hal nih?  lenkali kalau gaduh ngan laki... campak jer laki tu ke dinding... yg pi campak anak tu napa?  apa kena mengena budak tu ngan korang gaduh?  ish ish ish... pas tu leh lak seminggu lepas tu baru antar spital... sian ngan budak tu.. baru 2 thn plak tu. 

So, bukan penjenayah jer yg semakin kejam.  Mak bapak sendiri pon ada yg kejam.  Mak belasah anak, bapak rogol anak, bapak belasah mak, mak bunuh bapak.. anak belasah tok nenek mak bapak... cemana ni?  Dunia dah akhir zaman... Manusia semakin giler... kalau gila-gila jer tak pe.. ni giler!  Cemana nak idup aman cenggini?

Hmm... kan dah membebel.  Korang baca je la yer.. tapi betul aper yg aku cakap... betul x?  betul x?










Napa korang kejam sangat??

Korang tengok x citer Kasih Alia? Aku tertengok dan terikut cerita tu.. tapi kengkadang dapat tengok sket jer... sebab sibuk nak bukak puasa. Tengok citer tu pasal kidnap, jual budak, jual organ, soh jadik beggar.. membuatkan aku sebu perut. So, aku paksa anak2 aku pon tengok citer tu and soh dorang pk napa aku slalu membebel kat dorang kalau dorang nak kluar rumah. Time aku kekecik dulu jgn harap dapat kuar umah. Dok jer dalam umah. Nak main basikal pon x leh ok! Nak gi playground jauh skali. Basikal pon tak de.. hehehe.. napa x de? Sebab x dibenarkan keluar rumah. Kalau nak main, main kat dalam umah. Main apa? Monopoli, congkak, batu seremban, semua indoor games la. Memang aku x kenal budak2 sebaya aku kat kawasan umah aku tu sehingga la ke hari ini. Tapi dah ada anak ni aku paham la napa parents aku x kasi kitorang kuar umah. But tersangat la berlainan nyer ngan laki aku. Sebab dia dok kawasan kampung. Memang selamat. Tapi skang kawasan tu dah ramai pendatang asing. Penagih pon ramai.


Anak2 aku dpt gi playground, naik basikal, main bola, gi umah kawan at this age seme atas keizinan husband aku. Kengkadang dorang pi sendiri, but most of the time aku soh kawan dia mai umah dulu and pi together. Kalau jauh, aku akan pastikan ada org amik and hntr, or aku paksa husband aku gi amik and hantar. Nak gi sekolah jalan kaki yg hanya seberang jalan tu pon aku x kasi. Risau babe. Laki aku kata aku paranoid. Well, maybe coz of the way i was brought up is different from his. Tapi, lebih baik beringat dan berjaga2. Tul x?

But actually, skang ni, dok umah pon x selamat. Penjenayah semakin maju dan lebih berani mengambil risiko. Dorang berani buat jenayah di tempat awam, siang2 buta and nak pecah rumah pon x yah tunggu rumah kosong lagi dah.

Korang mesti dah baca kes terbaru kat Ampang yg kena kerat 16 tu. Sampai hati orang tu buat cenggitu kan. Aku nak bunuh tikus pon x sampai hati, cemana dorang ni sanggup nak bunuh pompuan pregnant, ngan budak kecik.. pas tu leh kerat2 pulak tu... cam ayam jer dibuatnya.... slalu beli ayam kat pasar org tu tanya nak kerat brapa dik? Ha.. x cam ayam tu?

Setiap hari aku risau tentang keselamatan anak2 & hubby. Selagi x nampak muka dorang, aku dok risau. Yg dok kat dalam rumah pon aku risau gak. Tapi nak buat cemana? tawakal jer la.

Dunia semakin maju dan semakin x aman. Smalam tengok berita pasal rusuhan kat UK. Dahsat! Kelmarin tengok tv, x ingat rancangan apa, tapi yg menariknya info yg dia bagi - 85% serial killer mai dari US. Haaa! Gempak x? Betapa manusia semakin kejam.

Apa yg kita boleh buat? Kalau hudud dilaksanakan, sure aman dunia. Hep! Hep! Jangan argue! Ni hukum Allah! Korang sapa nak argue? Aku yg jahil ni pon x berani nak argue.

Ok. Bos dah sampai... aku nak sambung keje... bukan curik tulang ek.. aku sampai awal arini, trus buat keje... skang ni tengah take 5 la... hehe..

Ok. C u in my next post!

Adios!

my slideshow

My Trip

Phuket Trip Slideshow: Shamimie’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Phuket, Thailand was created by TripAdvisor. See another Phuket slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.