Ini apa kes? Ni mesti x kasi layanan 'pelacur kelas pertama' la kena ketuk ngan lesung batu.... hmm... memacam! Perlu ke taat ngan suami yang cenggini? Bini dia pooooonnnnnn! nak merajuk, merajuk je ler... x nak makan duduk je kat meja tu teman.... hheheeh.... Mimie pon kalau dah merajuk... hmm... bak kata jambu - APA PON X BOLEH! ekeeke.. nasib x pernah kena ketuk... :P
Nah! Baca full story kalau x tgk brita smalam....
KUANTAN, 7 Jun – Seorang suri rumah cedera dipukul suami dengan anak lesung batu hanya kerana enggan makan tengah hari bersamanya di rumah mereka di perkampungan Cenderawasih di sini kelmarin.
Mangsa berusia 25 tahun terpaksa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) setelah cedera di bahagian peha, dagu dan kepala.
Laporan Bernama Online memetik Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata, dalam kejadian pada 1.30 tengah hari itu, mangsa dipercayai bertengkar dengan suaminya, seorang pekerja swasta berusia 28 tahun kerana enggan makan bersama.
Katanya, mangsa mendakwa suaminya tiba-tiba bertindak ganas memukulnya dengan anak lesung batu.
Suami mangsa ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan, katanya.
Sumber: themalaysianinsider.com
0 comments:
Post a Comment