Welcome to our blog

December 28, 2011

Demam!


Skang ni bukan saja musim demam Ombak Rindu, tapi juga memang musim demam… because of the wheather i guess...


A week after Is admitted due to asthma, he got fever for 1 week. After that, Dani took over for another week. Then, me… 4 days. And now my daughters… both okeh! Having fever since Saturday.


So, all school preparations memang dibuat dalam keadaan kelam kabut. And Amirul and Farah still haven’t got their new school bag. Hmm.. today, hubby coming back and we’re going to buy Amirul’s school bag. Hmm.. all last minute. Tomorrow is his orientation day already. Actually I don’t like last minute work. But time goes by very fast and there's so much to do…. And 2012 is approaching. *thinking.. am I doing better this year?* And I was really busy with work, and kids...


Talk about school preparations… hmmm… Money! Money! Money! 4 kids going to school… imagine that! But Alhamdulillah.. Allah permudahkan segala urusan so far.. Thank you Allah…


Yesterday went back and suddenly my MIL tercegat kat rumah. Terkezut! Melawat cucu yg demam katanya… thanks mak! *errr.. kena behave la ni? Adoi… Mimie.. behave okeh! Itu bukan Mama.. itu Mak!*


Just now mak called to inform that she’s going home today. Told mak to wait for me so that I could send her home but she said my BIL coming. She’s going back with him by motorbike. Ok lah. Then.. jeng jeng jeng!!! She asked me something that made my heart almost jump out!


Mak : Mak nak gi Padang hari Sabtu ni… 3 hari kat sana.


Me : Okeh. Gi ngan Pak Nyep seme kan?


Mak : Ha’ah. Tu la mak nak pinjam beg Mimie yang warna merah kat atas tu.


Me : Beg merah? Beg merah yg mana? Mimie x de beg besar warna merah.


Mak : Bukan. Beg kecik warna merah yg kat atas dalam bilik Mimie tu..


Me : Ha? Beg tu? Handbag besar tu? Yang warna merah tu? X kecik ke mak nak letak baju? *dug dag dug dag dug dag*


Mak : Mak nak pinjam kalau boleh la.. mak x nak bawak banyak baju pon. Tu la ingat nak pinjam bag tu.


Me : *aduh! Beg kesayangan akuuuu....* Oh! Beg tu.. ha. Boleh! Boleh! *uuwwwaaaaa!!!* 3 hari ek mak? *uuuwwwaaaa!!! Abaaannngggg!!! Tolonggggg!!!!* Boleh mak.. x de masalah... *uuwwwwaaaaaa!!! Tolong la jaga bag tu lek elok ye maakkk.. tolong laaaaaa... uuuwwwaaaaa... x sempat nak babai bag tu pon... uuwwwaaaaa*


Mak : K. Boleh ek... terima kasih..


Me : Sama-sama *uuuwwwwwaaaaaaa... jaga diri bebaik ya beg kuuuuu.... i’m gonna miss youuuuuu... uuuwwwaaaa!!!*


Hatiku gundah gulana.... x pe la.. berbakti pada ibu mertuaku… aduh! Mak... tolong jaga beg tu lek elok ekkkk.. beg tu Ijam bagiii.... kaler merah tu mak!... tolong ek mak... tolong ek..... Aduh!  Demam rindu la akuuuu...... *teruk tol menantu mak sorang ni kan! (Tangan kat bahu)*


December 23, 2011

Hanya kepadaMu aku mengadu....

Ya Allah!
Kau ampunilah dosa yang telah aku perbuat
Kau limpahkanlah kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah!
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash
berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku ke titianMu
kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di JannahMu
limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah terbaik untukku di duniaMu
peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi.. Ya Allah!
sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkan aku jalan terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu
limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah!
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan
bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
berilah aku petunjuk ke arah rahmatMu

Ya Allah!
bimibinglah aku....

December 22, 2011

Mendidik hati supaya sabar..

A christian friend of mine asking me if there's any verse in the Quran about sabar coz she wanna forward it to her Muslim friend who's having problem with her husband.  Apa kes lagi... suami curang la.... and now in the process of divorce... her friend is so down and demotivated so, she wanted to help her... and thanks to her, I've gained some knowledge today and also as a reminder to me.  So, wanna share with you guys also... semoga beroleh manfaat.... let's teach and train ourselves to be more sabar and learn to accept the Qada' n Qadar... sila redha ya.. bukan pasrah jer...

Some hadith about sabar...


1. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 


"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 


(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 


Kesimpulan Hadis: 


i- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa. 


ii- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut


2. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: 


"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " 


(Hadis riwayat Imam Bukhari).  

Kesimpulan Hadis: 


i- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman. 


ii- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.




3. Kesabaran merupakan dhiya’ (cahaya yang amat terang). Dengan kesabaran inilah, seseorang akan mampu menyingkap kegelapan. Rasulullah SAW mengungkapkan, "…dan kesabaran merupakan cahaya yang terang…" (HR. Muslim) 


4. Kesabaran merupakan sesuatu yang perlu diusahakan dan dilatih secara optimum.(bersungguh-sungguh). Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "…barangsiapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar…" (HR. Bukhari) 


5. Kesabaran merupakan anugerah Allah yang paling baik. Rasulullah mengatakan, "…dan tidaklah seseorang itu diberi sesuatu yang lebih baik dan lebih lapang daripada kesabaran." (HR Bukhari dan Muslim) 


6. Kesabaran merupakan salah satu sifat sekaligus ciri orang mukmin, sebagaimana hadis.. 


"Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, kerana segala perkaranya adalah baik. Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur kerana (ia mengatahui) bahawa hal tersebut adalah memang baik baginya. Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut adalah baik baginya." (HR. Muslim)


7. Seseorang yang sabar akan mendapatkan pahala syurga. Dalam sebuah hadis digambarkan: 


Daripada Anas bin Malik ra berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah berfirman: "Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan kedua matanya, kemudian dia bersabar, maka aku gantikan syurga baginya". (HR. Bukhari). 




8. Sabar merupakan sifat para nabi.  


Ibnu Mas’ud dalam sebuah riwayat pernah mengatakan: Daripada Abdullah bin Mas’ud berkata: "Seakan-akan aku memandang Rasulullah SAW menceritakan salah seorang nabi, yang dipukul oleh kaumnya hingga berdarah, kemudian ia mengusap darah daripada wajahnya seraya berkata, "Ya Allah ampunilah dosa kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui".  (HR. Bukhari)




9. Kesabaran merupakan ciri orang yang kuat. 


Rasulullah SAW pernah menggambarkan dalam sebuah hadis; Daripada Abu Hurairah ra berkata, bahawa Rasulullah bersabda, "Orang yang kuat bukanlah yang pandai bergusti, namun orang yang kuat adalah orang yang memiliki jiwanya ketika ia sedang marah". (HR. Bukhari)




10. Kesabaran dapat menghapuskan dosa. 


Rasulullah SAW menggambarkan dalam sebuah hadisnya; Daripada Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda; "Tidaklah seorang muslim mendapatkan kelelahan, sakit, kecemasan, kesedihan, bahaya dan juga kesusahan, hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengan hal tersebut". (HR. Bukhari & Muslim)




11. Kesabaran merupakan suatu keharusan. 


Seseorang tidak boleh putus asa hinggakan dia menginginkan kematian. Sekiranya memang sudah sangat terpaksa hendaklah ia berdoa kepada Allah, agar Allah memberikan hal yang terbaik baginya; apakah kehidupan atau kematian. Daripada Anas bin Malik ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda;  "Janganlah salah seorang di antara kalian mengangan-angankan datangnya kematian kerana musibah yang menimpanya. Dan sekiranya ia memang harus mengharapkannya, hendaklah ia berdoa; "Ya Allah, teruskanlah hidupku ini sekiranya hidup itu lebih baik untukku, dan wafatkanlah aku sekiranya itu lebih baik bagiku". (HR. Bukhari Muslim)


Verses from Quran about sabar….


1. Sabar merupakan perintah daripada Allah SWT.  


"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah 2:153)


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)". (A-li'Imraan 3:200 


"Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim". (Yunus 10:109)


"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan". (Hud 11:115) 


"Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan". (Al-Nahl 16:127)


2. Pujian Allah kepada orang-orang yang bersabar:


".... dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa". (Al-Baqarah 2:177)


3. Allah sangat mencintai orang-orang yang sabar.


"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mencintai orang-orang yang sabar". (A-li'Imraan 3:146) 


4. Kebersamaan Allah dengan orang-orang yang sabar. 


"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar". (Al-Anfaal 8:46) 


5. Larangan isti’jal (tergesa-gesa).


(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik - derhaka. (Al-Ahqaaf 46:35)


6. Mendapatkan pahala berupa syurga dari Allah.


"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; - (Ar-Ra'd 13:22) iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; - (Ar-Ra'd 13:23) (Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. (Ar-Ra'd 13:24)


A doa' from Quran..


Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml : 19) 

Actually all the above amik dari Didik Hatiku blog.  Semoga aku berjaya mendidik hatiku... Amin!

Pelajar cemerlang kahwin gay...

Hamek ko!  3 posts in a day... saja nak mengada2 sket arini blogging... still early to start work.  malas la plak rasa.... bos x de tapi cam x de maknanya... kerja sama je banyak nyer bos ada ke x.... hmm..

Okeh.  nak kongsi citer yg korang mungkin pon dah tau tapi x kira.. nak citer jugak... actually amik dari link nih.. Nurizspace.com

Ni pasal Arif Alfian, 28 thn, yg parents dia kuar tv bebaru ni cakap anak dia hilang.  Arif Alfian ni seorang pelajar cemerlang dlm SPM and bekas pelajar tajaan Petronas.  Sebab dia x abis belajar, khabarnya parents dia kena bayar balik kat Petronas sejumlah wang yg banyak *doih!  skema nyer ayat*.  Sian parents dia.. menyusahkan mak bapak betol. 

To cut the story short, Arif ni sebenarnya x hilang tapi dah kawin ngan gay namanya Jonathan.  Tengok gambar kawen kat bawah.  Citer selanjutnya baca di sini... Aku nak kongsikan gambar dia jer.... x dpt bayangkan cemana perasaan parents dia.... nauzubillah...









Dia cakap cenggini kat media...

“I feel I have been inadvertently thrust into the public eye. I just want to get by without upsetting anyone or causing any trouble. My overriding concern is for my family,”


“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,”


Hmm.. tiada apa yg mampu menggoncang keimanan saya?  *jaw drops... eyes almost pop out*

Hope Allah will lead him back to the correct path... Amin.

Duit kertas Malaysia yg baru....

Assalamualaikum!

Terbaca pasal tajuk kat atas tu dari blog Cik Epal.  Cantik jugak duit kertas baru ek.. warna warni.... tengok nih...



Duit RM20 kaler kuning okeh!  I looiikkeee!

Cinta.. Tiada akhirnya.. kesinambungan Ombak Rindu...

Sapa yg dah baca buku Ombak Rindu and dah tengok movie dier jugak, ni ada sambungan citer Ombak Rindu yer adik2... Tajuk novel ni Cinta.. Tiada Akhirnya.... Penulis still Fauziah Ashari tapi penerbit dia bukan Alaf 21.  But INTENS.

Jom tengok sinopsis dia....

Rentetan Perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta....Tiada Akhirnya.

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah.....CINTA .....TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.

Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, CINTA....TIADA AKHIRNYA, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.


Jom tengok plak petikan dari novel:

"Sabarlah. Kami telah menemui mayat seseorang yang sukar dikenali identitinya. Daripada hasil siasatan kami, banyak kemungkinan mayat itu isteri Encik Hariz tetapi mungkin jugak bukan. Encik Hariz boleh mengecam mayat dan untuk memastikan lagi, pihak forensik akan mengambil ujian DNA ke atas mayat itu"

Lagi....

Hari berganti hari, minggu bertukar dan kini hampir dua bulan Hariz hidup tanpa Izzah. Keputusan positif DNA ke atas mayat itu masih menghilangkan segala semangatnya untuk hidup.

Lagi...

"Abang Hariz dah ada pengganti Kak Izzah?" spontan Elin bertanya.  "Nanti abang kenalkan dia dengan Elin." "Abang Riz cintakan dia?" Hariz terkesima.  "Sudah tiba masa ada pengganti Kak Izzah, bukan?"

Jeng.. jeng.. jeng.... ahaks!

Actually aku sendiri x sangka aku ada novel ni kat umah.  Niat nak baca balik semua novel yg ada kat rumah sementara tunggu tren and dok dalam tren... hilangkan kebosanan dan kepeningan tengok orang ramai cam semut kat stesen n dlm komuter.  Tup tup pagi ni terpegang novel ni sebab ternampak nama Fauziah Ashari.  So, teruja sat.  Pecut kereta lelaju sebab nak cepat sampai KTM Rawang and x sabar nak baca novel nih.  Huhu.... dah lama kot buku ni... aku pon dah lupa cemana citer dia.... ni yg nak buat revision nih... ngeee...

Dulu cover novel dia cam yg kat atas tu.. skang ni dah ada cover baru ....



Better look kan?  So, sesapa yg blom baca lagi, sila lah yer.... agak2 dorang nak buat x movie Ombak Rindu Part 2?  Hihi.. harus ku seret hubby gi tengok kalau dorang buat.  Hubby pon minat! hihi....

Okeh.  Nak sambung buat keje... have a nice day ahead peeps! 

December 21, 2011

Abah curang?

1 day, me and my kids were watching tv. Suddenly, kakak asked me a question that made me feel like almost swallowing my tounge..


Kakak: Ummie… lelaki biasa la kan… MESTI curang.. sebab dorang pk dorang leh kawin 4. what if Abah curang? What would you do? Ummie curang balik x?

Me: Kalau Abah boleh curang, napa Ummie x leh?

Kakak: Sebab Ummie perempuan.

Me: So what if I’m perempuan? I can still curang if I want. If he can, why can’t I?

Kakak: Sebab lelaki boleh kawin 4.

Me: So what if they can kawin 4? Bukan senang nak kawen 4 kakak.  And x de perempuan yang sanggup bermadu.  Cam Izzah ngan Mila.. hehehe.. AND Definitely not me. If Abah curang, too bad... I’ll leave. I’ll find a new husband... yang muka cam Aaron Aziz ke.... heheh… tapi korang duduk ngan Abah.

Kakak: Tak mo! Tak mo! Kalau Abah berani bawak perempuan lain balik rumah, kakak halau dia. X pon, kakak kuar rumah. X nak duduk ngan pompuan tu. Kakak nak duduk ngan Ummie.

Me: If you stay with me, how am I going to find a new boyfriend yg cam Aaron Aziz? X kan nak bawak kakak kalau Ummie gi dating? Ngacau jerrr...

Kakak: Alaaa.. Ummie niiiii..

Me: hahahahahaha! Apa punya topic daaaaaaa….. apsal lak tetiba tanya? Bopren kamu curang ker?

Kakak: Ish! Mana ada bopren! Tanya jer.... sebab kawan kakak ramai yg bapak diorang curang.

Me: Kalau dah namanya lelaki kakak oi! Iskandar! Kamu sok jangan curang ngan isteri kamu. Faham!

Is: Laaaaaa.. Is pulak...

Me: Ummie cakap jer.. hehehe...

Amirul: Adik?

Me: Adik napa? Nak curang jugak?

Amirul: Nak! Adik nak curang ngan Ummie jer.... Tapi curang tu apa Ummie?

Me: Adoih! Curang tu sesuatu yg sangat x best. Jangan buat okeh !

Amirul : Okeh !

Kakak: Tapi napa lelaki leh kawin 4?

Me: Nabi dulu kawin lebih dari 1 kerana agama. Nak sebarkan agama, nak tolong ibu tunggal yg suami dorang mati syahid bla bla bla... seme kerana Allah dan Islam. Tapi lelaki sekarang kamu ingat dorang buat kerana agama ker?

Iskandar: TAKK!!

Me: haaaaaaaaaaaa... tau x per...

Kakak: Kalau kakak tau Abah curang, siap laaaa... tapi napa ada pompuan sanggup kacau laki orang?

Me: *senyum senget.. errr.. ada ke orang senyum lurus?  wateva!* sebab dorang gatal la tu... sebab dorang nak isi masa lapang ker.... sebab dorang x laku ngan yg bujang ker.... sebab dorang nak yang tetua kerepot tapi kaya.. so that bila situa tu sakit, mati, tinggal harta banyak leh cepat kaya...

Kakak: Abah x kaya... Abah x curang ler.... sebab x de pompuan nak

Me: Tapi Abah still lelaki... kalau dah namanya lelaki kakak.... nak nak duduk jejauh nih....

Kakak: Kakak harap Abah x curang. Kakak x nak benci Abah.

Me: Kamu cakap la ngan Abah...

Kakak: *termenung seperti memikirkan sesuatu* Kakak x dpt bayangkan kalau Abah curang.

Me: Kalau cenggitu bayangkan la kalau Ummie yang curang.. mmuuuaaahahahahahahahahah...

Kakak: Eeeeeiissh! Ummie nih!

December 15, 2011

Adoooiii!!!! Mengapa malang nasibkuuu????

Assalamualaikum,


Last night, our company had an event and I went home late … errmm.. not so late actually.. around 9pm… ye lar.. normally 6pm sharp cabutted already *cabutted means sudah cabut okeh… 1Malaysia ma… roll eyes*

Waited for the train, train delayed for 30 minutes… lucky I have my Ombak Rindu novel with me *reading for the 3rd time… to refresh my memory laaa..*.  Reached home at about 10.30pm and felt soooo tired. So, off to shower sebab dah basah kuyup kena hujan and after that dive in my bed. Baru nak lelap mata, tetiba teringat hp kat dalam handbag.. alahai.. dah x larat angkat mata so just zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz…….

Suddenly my phone alarm rang right to my left ear… soooooo damn loud okeh! Bebetul kat telinga niii… pekak 5 minit. Bukak jer mata tetengok Dani dok tersengih-sengih sambil memegang sesuatu... dalam cahaya samar2 tu baru perasan actually he was holding my Maybeline liquid eye liner and buat muka comel mintak digigit sambil tersengih-sengih sampai nampak gusi dia yang kat belakaaaang skali tuhhh....

Terus terduduk atas katil, and berangan buat satu situasi cemana Dani berjaya mengambil eye liner and hp dari lam beg aku... seperti berikut:

"Alarm phone berbunyik masa pukul 5.45am tapi Ummie x dengar.  Ya!  Ummie tidor mati nampaknya... Sian Ummie.... Aku cuba mencari dari mana datangnya bunyik alarm itu.  Ahah!  Dalam beg Ummie!  Mari kita lihat apakah yg berbunyik itu?  Oh!  handphone Ummie yg buruk itu!  siapakah yang menelefon?  Helo?  Helo?  Oh!  Darling... buat apa you call I pepagi buta ni?  Nanti Ummie I terjaga... eh?  sudah mati?  oh!  line x clear agaknya... mari kita lihat apa yg menarik... oooooohhhhh!!! ini yg Ummie, kakak n ecah slalu lukis2 kat muka tu.... hmmmm... nak try lah..... hmmmm.. ummmppphhhh.... aaiiissshhhhh.... uiiiikkkkssss.... yeaaa.. cantik sungguh!... tapi kalau ditambah sket di sini... ummpphh... uuuuuhhhh.. di sini.... yeeeaaahhh... hahahahahahha.... memang cantik!  cantik!  Alamak!  hp ni berbunyi lagi.... suruh Ummie pulak la yang helo helo... ekekekeke.. Ummie bangun! Ummie bangun!  yeaaaayyy!!! yeaaayyyy!!! Ummie tengok la gusi Dani ni..... tengok laaaaa... Gigi Dani ada 6 batang... hehehehe... happy nyerrrr.. happy nyerrr.. cantik nyer Ummie pepagi buter nihhhhh... mmuuuaaahhahahaha.. wakakkakakakakaka...."

Agaknya itu lah yang berlaku.... aku trus amik eye liner tu dari tangan Dani, dan setelah diamat-amati... eye liner aku tu dah jadik berus lukisan kot!!! bulu dia jahanam.... cek cadar n sarung bantal... x de pon kesan kena conteng.... okeh. Okeh. X per... slamat cadar n sarung bantal aku. adoooiii.. tapi x de masa nak pk benda tu sebab tetengok jam dah pukul 6.10 am... Hallamaaaakkk!!! Dah lambat niiiiiii..... trus cium Dani and bawak dia turun bawah kasik sama itu bibik... gua nak mandi n siap gi keje.

Masuk jer bilik air, terpandang muka di cermin, trus menjerit di pagi buta.... uuuwwwwaaaaaaa... wajahku sudah bertukar rupa.... Dani telah menconteng eye liner di muka akuuuuuuuuuuuuuuuu... *nasib dia x pakai permanent marker... duh!* waaaaaaaaaaa... berconteng2.... habis satu muka.... adoooiiiii... patut la maid aku tersengih2 cam mintak dijentik jer masa aku pass Dani kat dia.... patut la aku cam terasa ada benda merayap kat muka.. ingatkan mimpi... rupanya TIDAK! tanpa berlengah lagi, terus kelam kabut cuci muka and gosok gigi and mandi... kelam kabut bersiap coz kol 6.30 am wajib tayar kereta bergolek sebab nak kejar parking n tren kol 6.46 am. Tapi elok aku touch n go jer, tren bergerak... hmm.. terpaksa la tunggu tren kol 7am. Nasib x ramai orang...

Adakah Dani mahu menjadi seorang pelukis? Ok jer... mekap artis? No! No! No! Adoi... jahanam eye liner aku... x per.. nanti aku claim ngan bapak si Dani nih... baru beli kotttt!!! Aduh! Aduh! Sedey ni.. korang tolong la simpati ngan aku niiii.. eye liner dh rosak... adoooiii...

Moral of the story:  Menconteng eye liner di muka adalah lebih baik dari menconteng arang di muka....

December 12, 2011

Ombak rindu dari Terengganu... hihi...

Assalamualaikum!

I guess those who have read the novel "Ombak Rindu" must have also rushed to the cinema to watch the movie, rite?  Yup!  me too!  Went to watch with hubby at One Utama.... thanks dear kerana sudi teman... ngeee...

And also the people who are the number 1 fan of Aaron Aziz, Maya Karin and Lisa Surihani sure won't miss this movie... kan! *yeah!  that's me! hehehe.. am 1 of the huge fan of him!  and Maya of course! and also Lisa... hubby also likes her...*

There are some quotes that I really like...

"Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah"...

lagiiiii....

"Cinta x kejam... cuma manusia yg x pandai menghargai cinta"....

lagiiii....

"Semakin Allah menyayangi kita, semakin kuat dugaanNya"...

 lagiiii....


"Aku ingatkan ko rampas suami aku, tapi rupanya aku yang rampas suami kau"...

lagiiii.... errmm.. can't remember... oh! oh!  the song lyrics...... can really make your tears drop or at least make your eyes watery *cam laki den.. hik hik hik*...  check out the lyrics....

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Haaaaaa.... really touching, rite?

To guys out there... this story tells you how women are willing to sacrifice for their love... willing to be hurt, willing to bare the pain, willing to go through the hard way.. willing to sacrifice our own feelings.. just because of the person we love....

So, appreciate your wife, love them with all your heart... is that too much to ask?

Those who have yet to watch this movie... just throw away your egoes, no harm to watch pon.... I'm sure you'll learn something from this movie.... :P... my husband can't stop talking about this movie the whole day!  He even downloaded the song on his hp!! Can you believe that?  Ok.. downloaded the song for me.. that's what he said... tapi dia kat Terengganu, aku kat sini.. pejadah nyer kan?  x kesah la... :P.. hehehe.. hope he also got the 'message' from this movie... huhu...

Okeh.. wanna share some photos before I leave....

Christmas decoration at 1Utama, New Wing...

Hubby trying to look like Aaron Aziz....

Penat tunggu hubby 'makeover' himself as Aaron Aziz... Duh!

 May ShaMimie last 4ever! 

Till then... see ya!

P/S:  yesterday got 1 Hantaran competition.  One of the hantaran named 'Ombak Rindu'... waahh!!! demam!  demam!  tempat lain yg banjir, tempat lain yg berombak... aku jugak yg kena tahan rinduuu.... mmuuaaahahhahahaha!!! jiwang karaaatttt!!!! x bleh blah! 

SPREAD THE LOVE!

Terengganu oh Terengganu! We were here....

Last Awwal Muharram, we went to visit my hubby in Terengganu... hubby came back to KL and arrived at 7pm.  After a short rest, he drove us to Terengganu.  Coz he was not confident if I'm the one who drive. *rolls eyes*... I drove from Terengganu to KL... hebat x? hebat x? hehe...

Stayed at Kijal Apartment - 3 days 2 nights, Sat - Monday... ok la.. quite fun!  No banjir.. that's the most important thing lah.. if not, no fun at all.. but it was raining all the way to Terengganu..... we also celebrated Is' and Amirul's birthday there.... they had fun....

Lazy to type, let the photos do the talking.. :P

Dinner at R&R mana ntah.. can't remember... hubby really hungry.. ye la.. after work staright away rushed to KL to pick us up... sian...




Candid by my daughter.. hubby pengsan... Dani melekat with his Abah... rinduuuuuuuuu lettew!


Next day... Sata time!  Makanan paling ohsem in Malaysia!!!!!  Before that jalan2 at Mesra Mall....




After Sata, went to Teluk Chempedak.... Dani sibuk nak Abah.... Abah nak tangkap gambar la Dani!





Ecah termenung ingat sapa lettew....



Asking for birthday presents... bz choosing...


On the way back to Kijal.. these girls bz taking photos...


At pizza hut.... Birthday boyz requested to eat pizza for dinner... tapau back to apartment to watch M'sia vs Syria...



eeeeeeeeeee... buroknyer muka akuuuuuuuuuuuu....

This is the apartment....



So.. that's all.... tata!

Yours truly... A'isyah...

Kalian berdua...
Kalian berdualah ayah dan ibu Ecah di KL ini...
Sekarang Ecah sudah sembuh dan dapat pulang semula ke KL..
Sekarang, Ecah berasa seperti sudah mempunyai kekuatan dan semangat semula..
Terima kasih kepada semua yg menyayangi diri Ecah..
Ecah perlu meneruskan hidup ini...
Walaupun terpaksa menghadapi seribu rintangan...

Hmmm.. don't play play!  that's my daughter!  teheee....

December 9, 2011

Dalam hospital pon sempat dera anak?

Assalamualaikum!

Just wanna share with you one story... As u know, Is was admitted last Tuesday.  The bed next to me was an Indian lady taking care of her 3 kids.  Eldest is 3 yo, 2nd - 2 yo and a baby 8 months.  The baby was actually the one yg sakit.  Lung infection.  According to other mothers, they were already there since 1 week ago.  So I asked, why the other 2 kids also in the hospital?  Rupanya nobody to take care of her other children coz hubby kerja carik kotak day and nite.  Ok lah.

Kids.. you know la.. always run here n there, climb here n there... shouting, crying, fighting.. well, if they're not like that meaning they're sick... agree?  This mother, always hit them, ketuk.. sekeh.. even the baby!  I was so shocked to see and when people try to advise her, she just ignored.  She keep on doing that.

There's one time, the 2nd child, a boy, was trying to steal the babies puting... ala yg baby slalu nyonyot tu... .  The baby didn't cry but this mother took a spoon and knock his head and slap him and pukul belakang dia.. sampaikan mother yg dok depan katil aku ni pon cakap.. OI!  JATUH JANTUNG ANAK KO!  But she slumber land still knock her son with the spoon.

And the son tried to hug her but she pushed his head.  The boy still trying to hug her, and sleep on her lap but the mother keep on pushing him.  I asked her to stop that.  He's trying to be nice to you.. to manja2 with you... you know what she said??

Evil Mother:  Ini budak banyak nakal.  Adik mau tidor.. dia suka kacau.. blakang... adik kena bantal tutup.  Itu pasal saya marah.

Me:  Tapi jangan la buat dia macam tu.  Dia bukan tau apa-apa.  Dia kecik lagi.. Dia jeles la tuu... Dia nak baring sama you tapi you tolak kepala dia.. tarak bagus la itu macam.

Evil Mother:  Ini budak.. kalau ada dia punya bapak... saya dia tarak mau mari... blakang.. bapak tarak.. saya dia mari..

Me:  Iye la... you dia punya emak... takkan dia mau manja sama saya.... saya bukan dia punya emak...

Evil Mother:  Sayaa.. ini baby saya punya akhir.  Saya sudah ikat.  X bleh branak.  Sebab itu saya sayang.  Dia ... saya tarak sayang.  Dia... bapak sayang.  Itu... suami punya mak sayang.  Ini baby, suami punya mak tarak sayang.  Dia sayang lelaki saja.  Saya.. ini baby last.. Sebab itu manyak sayang. 

Me:  Itu you punya anak perempuan satu lagi you tarak sayang jugak?

Evil Mother:  Itu sayang juga.. tapi banyak nakal.

Me:  Budak2 memang macam tu.  Nakal.  Kalau dia tak nakal, dia bukan budak2.  Orang tua pon ada yang nakal maaa.... Inikan pulak budak2.  You cakap la sama dia elok2.  Dia kecik lagi.  Tatau apapa.  Tak payah pukul itu macam la. 

Evil Mother:  Dia banyak nakal.

Me:  Biasa la tu... you pukul boleh, tapi jangan la teruk sangat you pukul.  Ini hospital.  Nanti semua anak you masuk hospital pulak sebab you pukul.  Dia sudah baik mau manja2 sama you kenapa you tolak kepala dia?  Jangan la itu macam.

Evil mother talked in tamil and asked her son to sleep with his eldest sister on the other bed.

Then the mother start calling someone.. don't know who.. lepas sorang, sorang dia telepon.  And the way she talked, as if she wanted other people to know that she's on the phone.  Satu hospital leh dengar kot!  Kuat giller.  Sampai nurse yg kat luar tu pon masuk tempat kitorang and warned her to talk slowly but dia buat muka toya dia jer....

Pas tu, bau diaaa.. masyaallah!  orang katil depan ni cakap, sejak dia masuk, dia x mandi.  anak2 dia tu, kalau doktor x suruh dia mandikan, memang x mandi.  Anak dia tu memang dah brapa kali masuk spital.  baru kluar, masuk balik.  Hmm.. x tau nak komen apa.  Menahan je la hidung tu.  Cemana la laki dia tahan bau dia nih.... aduuiihh....

Kata ibu yg dok katil depan aku ni lagi, masa 1st day dia masuk, dia ketuk kepala baby dia sebab nangis masa bagi nab.  pas tu marah baby dia sebab kena amik nab every 3 hours.  dia x leh tido.  hmm... sian budak tu... kena tolak2 kepala... kena pukul sebab menangis.  adooiii...

Aku pi tanya nurse kat situ, x de ke sesapa leh tolong nasihatkan dia ker.. doktor ker..., kalau korang tengok dia pukul anak2 dia memang sedih.  kengkadang bukan besar sangat pon kesalahan yg dorang buat tapi kena pukul gedebuk sana sini.. ketuk, sekeh, cubit.. memacam.  agaknya cemana la bebudak tu kena kat rumah dia.... dooii!!

Nurse tu cakap, dorang dah tegur, even dia selamba jer pukul anak2 dia depan doktor and nurse.  Bila kena tegur, dia buat x tau jer.... hmmm... kesian bebudak tu.  kalau cakap telefon pon sama.. dah banyak kali tegur tapi dia buat x reti jer... bila dah nurse tu jawab cenggitu, aku pon x tau nak kata apa lagi.  Ada skali tu dia bergaduh ngan nurse sebab dia kata ada orang curik susu anak dia.  Dia siap tuduh2 orang... kecoh satu spital.  adoiii... aku waktu tu cuma berharap Is dpt kluar spital cepat.  Kecoh tol!

Yang kelakarnya, dia siap kutuk orang India yg lain.. Dia kata orang tu hitam.. orang ni hitam.  Dia je yg putih.  Padahal aku tengok dia sama jer ngan dorang tu. Haish.. memacam perangai manusia.... nasib aku bukan nurse / doctor.

Heharap Allah lindungi la anak2 dia tu....

A song for Dani....



LOVE YOU BABY!!

Iskandar admitted to Selayang Hospital

Assalamualaikum!

Hari Isnin received a phone call from my MIL at 10pm saying that she's taking Is to Hospital Selayang for nab.  I was shocked but was told not to worry coz dah boleh balik.  Tup tup kol 11.30pm, MIL called again and said that Is kena admit coz lepas nab 3 kali still ada bunyik lagi dada dia... apa lagi.. aku pon rushed to hospital.

Pukul 1.30am, Tuesday baru dpt masuk ward.  Mintak tolong MIL jaga Is malam tu sebab aku gi spital ngan Farah.  Lepas dah bersoaljawab dengan doktor, pukul 3.30am baru leh balik.  Sampai umah dah dekat kol 4am.  Dani plak terjaga.. x nak tido.. adoooii.. kepala dah berdenyut tahan ngantuk.  nasib Dani x buat perangai.  aku tertidor x tau kol brapa.  sesedar dah kol 8.00am.  Dani tidor kat ujung kaki aku... nasib baik x tersepak.  Memang letih giller.  dah la kat opis sibuk semacam.  nasib x kena stayback kat opis sampai tengah malam.  kalau x, payah gak ngan abang Is masuk spital lagi... dush!  susah hidup sorang nih....

Sampai spital kol 9.30am  tapi br dpt masuk ward kol 10 am.  Parking susah giller. dpt parked jauh dari lobby utama.  menapak la ngan bag berat.  bawak bembarang utk bajet seminggu.  biar lebih jangan kurang.  bukan senang nak balik hntr baju kotor.  kalau hubby ada sini senang la... leh gilir2 balik... MIL balik ngan BIL.  Sian my MIL.  terpaksa menyusahkan dia.

nasib doktor kata no lung infection or what not.  cuma maybe sebab dia tengah batuk so, kahak x kuar.  sebab tu dpt asma.  warded sebab doc nak bagi frequent nab.  every 3 hours.  hmm.. x pe la.. janji sihat.  biar sihat bebetul. x mo kena asma lagi.. asmaradana akuuuuu... huhu.... Alhamdulillah, 2 hari jer masuk ward.  Smalam dah balik. Tapi Is kena pakai pam.  kena bawak gi memana.  teringat citer pasal arwah Rara yg meninggal sebab asma.  Nauzubillah!

Hari Is masuk spital, hubby called kata dia pon sakit kat sana... dpt mc 2 hari. Quite serious gak.  inilah yg aku risaukan.. inilah yg aku takutkan... jadik jugak... kalaulah dapat dibelah dua badan nih... hmm.. menguji kekuatan mental betol.  sabor je ler.. apa lagi yg aku leh buat??  sebab tu la aku nak pindah sana.. biar semuanya ada depan mata.. senang nak handle.  bila jadik cenggini kan susah?  sapa susah?  aku jugak!  hidup x tenang... makan x lalu.. tidor x tentu... kepala otak pusing.  orang lain senang cakap jer.. berat mata memandang, berat lagi bahu aku yg memikul... duh!

Masa tipon hubby kata Is dh boleh balik smalam, dia kata tunggu dia kat umah MIL.. tapi aku balik rumah.  Niat nak berehat... tapi tinggal niat je la.... kol 7.30pm aku amik dia kat Greenwood, Gombak.  Harini bawak dia gi klinik checkup.  Dpt surat soh follow up check up kat KK Kerteh.  I wish I could be with him.  Haish...

Dugaan yg datang berturut2 sejak bulan lepas... kuatlah hati... I really need u to be strong so that i could be strong.... I really have to.... I must!!!

December 1, 2011

Down - Breaking Dawn....

Assalamualaikum....

Long time I've never update this blog.  Been so swamped lately...


Yup!  Yesterday I went to watch Twilight Saga:  Breaking Dawn Part 1.  Thanks to my lil bro... he knew that I need a time off... he knew what I like.... he actually invited me to join him and his girlfriend to watch Puss in Boots.... but nay!  Why should I kacau daun?  I need to be alone too... feeling so down lately.  Lots of things happened lately.

So, he booked a ticket for me to watch this movie at GSC Signature, The Gardens... he said... seat baeeeekk punyerrrr.. no need to pay him back... ok...

so, I went there... wanted to collect the ticket... and the guy at the counter asked me twice...

GSC guy:  1 ticket only?
Me:  Yup!
GSC guy:  Alone?
Me:  Yeah! Why are you asking me this?
GSC guy:  (smiling).. nothing.  Enjoy the movie.
Me:  Thank you!

Is it so weird to watch movies alone?  Well... I need to be alone.. sometimes you just need your own time.. to be with yourself... what's so funny bout that?  besides... my husband is not here... even if he's here.. he won't watch this movie.  so.. what's the difference? 


Ok... let's talk about the movie... i found out that Jacob was super ohsem!  he looked sooooo handsome in this movie... he looked sooo manly!  he looked sooooo... hmm.. don't know how to describe...







Ok.. enuf of his photos.... hehehe.... Maybe coz I was a bit down lately.. so emotional... i cried watching... not sure why.. maybe coz i was touched or rather jealous coz Bella was so loved!  How I wish I could... errmm... nay.. too late for me... well.. nobody is perfect... It was just a fairy tale anyway.... I mean.. come on! vampires? werewolves?  cool in movies only okeh....

Bella-Edward's baby was so cute... Renesmee... so sweetttt... and when Jacob realized that he got imprinted... kaki lembik I tell you!  hihihihi.... 

Before that.. the wedding!  so nice.. so sweet.. so romantic.... she was nervous but the moment she saw Edward... she forgot about everything else....



and the honeymoon???? haish.. if you have'nt watch.. rugi babe!

Bella... she was soooo thin!  like skeleton thin!  Gosh!  But I've read the novel... and the way it described how suffered Bella was when she's pregnant ... more dramatic... better than the movie.. but.. so what?  the movie was still awesome!  Can't wait to watch Part 2.

The next movie I want to watch is Ombak Rindu.  Planning to watch on 14 Dec.  Why 14th?  Ssshhh!!! It's a secret.. can't tell you.. sorry. .hehehe..

Jom tengok sama-sama?  Tapi seat lain2 okeh!

Have a great day peeps!

November 21, 2011

Hari Anugerah Cemerlang & Presents... Yayyy!!!

Assalamualaikum!

Quick update!  Tersangat la bznyer lately nih.... 

17th Nov was the Hari Anugerah Cemerlang and my eldest daughter dpt hadiah... yay!  She got 4th place in her class....

 Lining up waiting for her name to call... happy face! teheee...

 With her best friend... best friend ajer okeh!

 Yay!  Ada trophy....
Hubby sanggup mai dari Terengganu to se her on stage for this lil trophy..
she was sooo happy and said....
"Kasih seorang abah"
I said "Yeap!  Appreciate it.  Do better next year!"

 A small token from Abah sebab dapat no. 4...

 This one is Ecah's shoes sebab dapat 5As and dpt no. 4 jugak.

 The red bag and the cardigan I'm wearing were given
by my luvly husband... thanks luv!
Actually dpt masa Hari Raya Haji haritu...
Tapi hari ni baru melaram....
Hihi... happy!!!!

 Ecah got another present for her hardwork
and coz she's gonna be a prefect next year...
Yayy!!!

My geddix photos...
Dating with hubby...
Happyyy......

Dating!  Dating!  Dating!
Sementara masa masih ada.... hehehe...

Hubby tayang jam baru... ngeeee...

18 Nov - We sent hubby to Greenwood.  He took Mahligai Express to go back to Terengganu.  Bas sampai kol 11.20pm.... Nasib esoknya tu hari Sabtu.... balik tu trus tidor.... letih siot!

Ok.. bye!  Thanks for reading.  Nak balik dah... tata titi tutu!!!

my slideshow

My Trip

Phuket Trip Slideshow: Shamimie’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Phuket, Thailand was created by TripAdvisor. See another Phuket slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.