Welcome to our blog

July 6, 2011

Isteri Mengganas Nampak Seksi!

Wah! Yesterday I went to my parents house and saw the Mingguan Wanita Magazine in Makcik Patin’s room. When I saw the tajuk, I was like… what?

After I’ve read the article, rupanya it’s not as ganas as the tajuk… hmm.. but good info though. Let me share with you.

Article ni pasal kita-kita ni la para isteri yg x tau cemana nak luahkan / ekspresikan rasa tidak puas hati, x tau kat sapa kita perlu luahkan kalau suami x de masa / rasa x puas hati tu dengan suami sendiri and cemana nak menenangkan jiwa raga yg tengah lara tu...

Slalu orang pompuan ni, suka sembunyikan perasaan. Muka jer sengih2, berseri2 tapi dalam hati, Allah jer yg tau... ada simpan rasa x puas hati. Isteri suka berpura2 reda so that husband x marah.. Last2 sifat ’menyimpan rasa’ tu memakan diri sendiri... (hmmm... cam pernah buat je nih...). Sepatutnya jangan pendam.  Luahkan jer and tengok cemana response suami (hehe.. aku ler nih....)

Then, baru la tau cemana nak discuss utk selesaikan masalah.  Tapi kalau memasing pendam, satu hari perang dunia sure meletus dan ungkit-mengungkit akan berlaku.  Pas tu sakit hati.  Tak best... x best....

Kata article tu... "Hati wanita yang sensitif sebenarnya boleh menjadi kekuatan utk lebih menghayati makna ujian yang dideritainya.  Namun beigut, setelah anda menemukan makna sebenar ujian yang menghimpit jiwa, jangan terus lemas di sana.  Cubalah untuk mengganasi diri melawan jerita-jeritan negatif yang membuat anda lemah".  Ha!  Kena mengganas lepas nih.  Tapi cemana nak mengganas nih?  Nak nak kalau kesedihan, kegelisahan, putus asa tu seme sebab suami... Canner?  Cara2nya ialah:-

1.  Cari Kekuatan Sebenar

Kena mula berdampingan dengan Allah, mohon petunjuk dan sibukkan diri mencari-Nya  Tapi kalau masa tu dihabiskan   untuk menceritakan keburukan suami, mengenang kisah-kisah lama yan gmenyakitkann sure kita akan semakin stress.  Kata seorang ulama tersohor, Ibnul Qayyim, "Sesungguhnya dalam hati ada koyakan yang tidak boleh dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah.  Dalam hati ada kesepian yang tidak dapat diubat kecuali dengan menyendiri bersama Allah.  Dalam hati ada kesedihan yang tak mampu dihapuskan kecuali dengan mengenal Allah.  Dalam hati ada kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan melainkan dengan berhimpun kerana Allah.  Dalam hati ada api yang x mampu dipadamkan melainkan redha dengan keputusan-Nya diiringi dengan kesabaran menunggu saat bertemu dengan-Nya".

Mungkin disebabkan kita slalu lupa pada Allah maka kerana itu musibah datang bertubi2.

2.  Berani Sakit

Wanita yang mengganasi dirinya mempunyai keberanian untuk tertawa ketika hatinya dihiris.  (hmm.. betul!  betul!  Aku dah ganas sket la ni...).  Gembira ketika kebebasannya dibelenggu, selamba ketika dihina (oo... not me.. i'll surely fight back..).  Kerana dia tidak akan mahu oran glain menentukan perasaannya, mengawal bagaimana dia harus merasa.  Wanita yang ganas ini takkan terkena oleh provokasi yang sengaja dicipta orang2 di sekelilingnya.  Dia begitu berani walau dalam diam, tersenyum walau sakit hati, cuba mengawal sikap saat suami tak sengaja melukai.  Pemikiran dan perasaannya begitu positif, hasutan syaitan yang terlintas di hati takkan dipeduli.  (hmm... tapi tahap kesabaran seseorang tu ada batasnya kot!)

3.  Mengganas dengan kerja

Bekerjalah menyibukkan diri supaya kesedihan itu hilang.  Tapi jika rumah anda bersepah, meja kerja di pejabat melonggok, kecantikan dan kesihatan diri anda x terurus, bagaimana keadaan yang kelam kabut itu boelh menyelamatkan dari tekanan yang datan gtiba2.  Kerja membuat anda sihat zahir dan batin, bergerak utk mendapatkan rezeki yg halal dan membelanjakannya utk manfaat org yg kita sayang merupakan suatu kepuasan yg tak terkira (stuju!).  Tapi jika duduk saja menunggu nasib, menjadi tawanan suami yang memang bermasalah, menggantungkan hidup dan menyusahkan oran glain, tentu saja anda akan terus merasa tidak bermanfaat.  Hapus kesedihan itu dengan memberi manfaat kepada org yg memerlukan. 

4.  Kawal hawa nafsu

Kalau kita x dapat buat sesuatu yg kita mahu kerana x dpt izin suami, cuba tanya suami napa x boleh?  Apa reason dia x izinkan.  Discuss.  Mungkin suami ada alasan yg munasabah.  Cer tanya... napa x leh? Cer explain kat suami napa kita nak itu dan ini... pas tu cakap kat dia kita buat mengikut adab/cara yg betul.  Sebenarnya suami memang bersifat ego, jadik isteri kenalah putar belit sket cara menyampaikan hasrat hati tu so that suami x syak wasangka yg bembukan.  Suami lebih suka dirayu walau dibohongi daripada diarah dan dimarah.  Kawal hawa nafsu sendiri dulu sebelum kawal sikap suami.

So, apa lagi?  Dah x mo sesedih dah pasal suami.  Mengganaslah dengan 4 cara ni.. x mustahil keganasan anda itu akan merangsang ghairah suami (erk!).  Ganas itu seksi jika betul cara dan gayanya......

Ok!  Selamat mengganas!  Aauuumm!!!

0 comments:

my slideshow

My Trip

Phuket Trip Slideshow: Shamimie’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Phuket, Thailand was created by TripAdvisor. See another Phuket slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.