Welcome to our blog

August 28, 2011

Maafkan lah....

Bila Akal dan Hati berbicara..

Akal:  X lama lagi Syawal... kau tak mau maafkan dorang ke?
Hati:  Aku belum bersedia....

Akal:  Bukan ker ko dah maafkan dorang haritu?
Hati:  Kau yg dah maafkan... aku belum..

Akal:  Maafkan lah.. Nabi pon ampunkan umat.
Hati:  Hati aku belum sebersih Nabi.  Mungkin sebab tu aku masih belum dapat memaafkan.

Akal:  Selagi ko tak maafkan selagi itu ko takkan happy.
Hati:  Aku dah lama x happy.. benda ni memburukkan lagi ketidakhappyan aku.  Aku benci!


Akal:  Kenapa ko benci sangat ngan diorang?
Hati:  Sebab aku x pernah kacau dorang, tapi dorang kacau aku.  Dan alasan dorang menyakitkan aku ialah - mengisi masa lapang, sebab bosan, hobi, inginkan perhatian.  Logik ke kacau aku sebab tu?  Hati siapa yg tak sakit?  Jadi, salahkah kalau aku panggil dorang J****g?  Diorang yg membuktikan memang diorang tu layak dipanggil J****g!

Akal:  Tapi kalau bertepuk sebelah tangan x kan berbunyi.  It takes 2 to tango.
Hati:  Itu yg membuatkan aku lebih sakit... alasan dia kerana main2 jer.  Dia hanya main2.  Ko faham x sekarang kenapa aku sakit? Sampai hati dia...

Akal:  Dia kata camtu sebab nak jaga ko.. x nak ko sakit.
Hati:  Jaga la sangat kan!  Aku tetap sakit!

Akal:  Nobody is perfect.
Hati:  Aku tau.  Tapi seseorang tu leh belajar jadi yang terbaik.

Akal:  Kau sendiri bukan yang terbaik.
Hati:  Tapi aku x pernah sakitkan hati diorang camni.  Aku x pernah kacau sesapa camni.  Kalau aku nak, dah lama dah!  tapi ada hati yang perlu aku jaga.  Ada maruah yang aku junjung.  Ada perasaan yang perlu aku bela.  Semua untuk dia!  Tapi dia x pernah menghargai, dia x pernah nampak, dia x pernah nak jujur.  Dia terlalu sombong!  Sombong dengan pemberian Allah.  Aku x tergamak nak buat macam tu pada dia.  Kenapa dia buat aku camni?

Akal:  Sampai bila ko tak nak maafkan diorang?
Hati:  Selagi aku sakit, selagi itu aku x boleh nak maafkan diorang.

Akal:  Habis tu, apa yg boleh buatkan ko maafkan diorang?
Hati:  Aku mahukan penjelasan.. sejujur-jujurnya... bukan tipu aku camni!  Dan aku mahu dorang buktikan yang diorang dah berubah!  Dan dia... aku x mintak harta benda di dunia ni.  Aku cuma nak dia jujur dengan aku.  kalau masih sayang, peliharalah aku, bimbing lah aku.  Kalau x, lepaskan lah aku.  Jangan terlalu tamak!

Akal:  Walaupun ianya nanti akan lebih menyakitkan kau?
Hati:  Ya.  walaupun lebih sakit, insyaallah aku akan boleh memaafkan.  Sebab aku nak cuba fahamkan kenapa aku dibuat camni.  Bukan terus tipu aku.. bukan bagi alasan bodoh!  aku x bodoh!

Akal:  Kau berdendam?
Hati:  Diorang yang ajar aku berdendam.  Pengalaman mengajar aku macam2.  Aku x suka berdendam.  Tapi  dia.. ya!  especially dia... dia yang mengajar aku!

Akal:  Berdendam adalah sifat syaitan.
Hati:  Ya Allah!  Ampun kan aku... berilah aku petunjuk! Lembutkan lah aku.  Aku x mahu ikot perangai syaitan.  Tapi aku x berdaya menepis kesakitan ini.  Sakit Ya Allah!  Aku hampir mati! Aku masih berdiri di sini kerana si kecil.  Ku pohon Ya Allah! Bantu lah aku... bersihkan lah aku... Aku sangat kotor.

Akal:  Maafkan lah... Kau akan tenang.
Hati:  (menangis lagi... berdarah lagi... sakit lagi....) Ampunkan aku Ya Allah!  Aku masih x berdaya. Bantu aku Ya Allah!  Aku x kuat.

Akal:  Bertaubatlah.  Semua yang terjadi atas kehendakNya.  Ini memang ujian untuk kau Hati.  Pasti ada hikmahnya.
Hati:  Aku tau.  Aku sedar.  Aku percaya.  Tapi aku masih belum kuat untuk melawan kesakitan yang aku tanggung.

Akal:  Istighfarlah.
Hati:  Astaghfirullah!  Hanya masa yang menentukan.  Doakan aku. (menangis lagi....)


0 comments:

my slideshow

My Trip

Phuket Trip Slideshow: Shamimie’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Phuket, Thailand was created by TripAdvisor. See another Phuket slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.