Welcome to our blog
There was an error in this gadget

August 10, 2011

Napa korang kejam sangat??

Korang tengok x citer Kasih Alia? Aku tertengok dan terikut cerita tu.. tapi kengkadang dapat tengok sket jer... sebab sibuk nak bukak puasa. Tengok citer tu pasal kidnap, jual budak, jual organ, soh jadik beggar.. membuatkan aku sebu perut. So, aku paksa anak2 aku pon tengok citer tu and soh dorang pk napa aku slalu membebel kat dorang kalau dorang nak kluar rumah. Time aku kekecik dulu jgn harap dapat kuar umah. Dok jer dalam umah. Nak main basikal pon x leh ok! Nak gi playground jauh skali. Basikal pon tak de.. hehehe.. napa x de? Sebab x dibenarkan keluar rumah. Kalau nak main, main kat dalam umah. Main apa? Monopoli, congkak, batu seremban, semua indoor games la. Memang aku x kenal budak2 sebaya aku kat kawasan umah aku tu sehingga la ke hari ini. Tapi dah ada anak ni aku paham la napa parents aku x kasi kitorang kuar umah. But tersangat la berlainan nyer ngan laki aku. Sebab dia dok kawasan kampung. Memang selamat. Tapi skang kawasan tu dah ramai pendatang asing. Penagih pon ramai.


Anak2 aku dpt gi playground, naik basikal, main bola, gi umah kawan at this age seme atas keizinan husband aku. Kengkadang dorang pi sendiri, but most of the time aku soh kawan dia mai umah dulu and pi together. Kalau jauh, aku akan pastikan ada org amik and hntr, or aku paksa husband aku gi amik and hantar. Nak gi sekolah jalan kaki yg hanya seberang jalan tu pon aku x kasi. Risau babe. Laki aku kata aku paranoid. Well, maybe coz of the way i was brought up is different from his. Tapi, lebih baik beringat dan berjaga2. Tul x?

But actually, skang ni, dok umah pon x selamat. Penjenayah semakin maju dan lebih berani mengambil risiko. Dorang berani buat jenayah di tempat awam, siang2 buta and nak pecah rumah pon x yah tunggu rumah kosong lagi dah.

Korang mesti dah baca kes terbaru kat Ampang yg kena kerat 16 tu. Sampai hati orang tu buat cenggitu kan. Aku nak bunuh tikus pon x sampai hati, cemana dorang ni sanggup nak bunuh pompuan pregnant, ngan budak kecik.. pas tu leh kerat2 pulak tu... cam ayam jer dibuatnya.... slalu beli ayam kat pasar org tu tanya nak kerat brapa dik? Ha.. x cam ayam tu?

Setiap hari aku risau tentang keselamatan anak2 & hubby. Selagi x nampak muka dorang, aku dok risau. Yg dok kat dalam rumah pon aku risau gak. Tapi nak buat cemana? tawakal jer la.

Dunia semakin maju dan semakin x aman. Smalam tengok berita pasal rusuhan kat UK. Dahsat! Kelmarin tengok tv, x ingat rancangan apa, tapi yg menariknya info yg dia bagi - 85% serial killer mai dari US. Haaa! Gempak x? Betapa manusia semakin kejam.

Apa yg kita boleh buat? Kalau hudud dilaksanakan, sure aman dunia. Hep! Hep! Jangan argue! Ni hukum Allah! Korang sapa nak argue? Aku yg jahil ni pon x berani nak argue.

Ok. Bos dah sampai... aku nak sambung keje... bukan curik tulang ek.. aku sampai awal arini, trus buat keje... skang ni tengah take 5 la... hehe..

Ok. C u in my next post!

Adios!

0 comments:

my slideshow

My Trip

Phuket Trip Slideshow: Shamimie’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Phuket, Thailand was created by TripAdvisor. See another Phuket slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.