Time lunch (sebenarnya mana ada lunch.. kan nak balik awal... tapi blasah je ler..) ni aku terbaca blog Mazidul Akmal Sidek... Mesti korang kenal kan... ha... tertarik ngan post dia yg terlatest seperti tajuk di atas... so, aku baca punya baca punya baca... and decided to share with you all here... so, baca la ek.. menarik nih! betul jugak apa yg dia cakap.... cer baca.. cer baca..
********
Selama ini saya berpeluang berkawan dengan ramai orang muda dan golongan berusia dari pelbagai bangsa.
"Bini call!," bisik lelaki berusia 47 tahun.
Dia kelihatan tersentak sebaik melihat nama isterinya terpapar di skrin telefon bimbit. Itupun jika dia melakukan perkara tidak direatui isterinya. Contoh, sedang berhibur sambil memeluk mesra pelayan pelanggan, GRO di pusat hiburan.
Lazimnya dia akan berlari keluar dari pusat hiburan itu dan kemudian sedaya upaya cuba mengawal cungap nafasnya.
"Ya? Tengah kerja. Kejap lagi I call balik," jawabnya dengan nada serius.
Andai tidak membabitkan panggilan kecemasan, komunikasi dinoktahkan di situ sahaja.
Dari riak wajahnya, dia kelihatan bersalah tetapi percayalah suami itu memiliki seribu satu kaedah untuk mengelakkan diri dari disyaki oleh isteri.
Tidak semua isteri bertindak terlalu taksub menghubungi suami berulang kali samada pada waktu siang mahupun malam. Majoriti mereka sibuk bekerja di siang hari dan pastinya ingin tidur lena selepas jam 10 malam.
Sebilangan suami bertindak lebih bijak terutama mereka bergelar eksekutif dan bertugas di antara jam 9 pagi dan 5 petang.
"Awak pergi ke mana malam tadi?," soal isteri.
"Jumpa kawan," balas suami ringkas.
Lazimnya suami sebegitu tidak pulang terlalu lewat ke rumah. Jam 9.30 malam, waktu bermulanya curfew, perintah berkurung. Itu waktu selamat untuk berada di samping isteri sekiranya mereka terbabit dalam kegiatan hanky panky.
The trick is easy.
Suami perlu mendisiplinkan diri masuk ke pusat hiburan seawal jam 5 petang dan keluar tepat jam 9 malam. Durasi itu dikenali sebagai happy hours samada di pub atau di pusat karaoke. Lazimnya sewaktu happy hours, harga minuman keras lebih murah, begitu juga caj perkhidmatan GRO.
Dalam tempoh 4 jam itu, mereka mampu berhibur tanpa had. Asalkan poket kembong, semua dihajati pasti dipenuhi. Alkohol dan wanita, kombinasi mampu membuatkan mereka lupa dunia buat seketika.
Majoriti mereka, lelaki berduit, pada masa sama bijak mengelakkan kegiatan dibongkar oleh isteri. Di rumah, mereka kelihatan seperti suami setia, pijak semut sekalipun tidak mati. Anugerah pelakon layar terbaik pasti digondol oleh mereka, jika 'lakonan' mereka berpeluang dicalonkan sebagai satu daripada kategori di festival filem.
Sebilangan mereka, bukan sahaja setakat berhibur tetapi memilki GRO simpanan. GRO sama melayan mereka setiap kali mengunjungi pusat hiburan.
Lazimnya GRO tidak berminat dengan lelaki pokai atau berpendapatan sederhana. Suami hidup mewah dilayan mengikut kehendak hatinya, GRO pula menerima ganjaran lumayan. It is a win win situation. Rahsia jarang terbongkar kerana lelaki bergelar suami itu hanya berhibur dengan rakan karib dipercayai sahaja. Mungkin juga rakan mempunyai rahsia sama. Pandai makan, pandai simpan, itu ringkasnya.
"Jangan main tahu, isteri selalunya mempunyai gerak hati tepat".
Mereka akur dengan kenyataan itu. Mereka juga tahu kenyataan sama berkebarangkalian memerangkap diri. Jika tidak dalam jangka waktu terdekat, mungkin di masa akan datang.
Jadi, kepada semua wanita bergelar isteri, jika terdetak di hati untuk menghubungi suami, lakukan. Usah teragak-agak kerana naluri wanita lazimnya membisikkan perkara benar.
Namun perlu diingat, bukan semua suami bersikap begitu. Fikirkan juga keselesaan mereka. Andai benar suami bekerja selepas matahari terbenam, percayailah kejujuran mereka. They are innocent until proven guilty. Jangan sampai akibat panggilan telefon dan penghantaran pesanan ringkas, SMS bertalu-talu mengeruhkan kebahagian rumah tangga.
"Aku kekadang rimas dibuatnya. Isteri call berpuluh kali, sedangkan kita ini bekerja mencari rezeki, berjumpa clients tanpa mengira waktu," keluh sebilangan suami.
Bayangkan tekanan dialami mereka.
"Dia ingat bila kita keluar malam, balik lewat, mesti jumpa betina. Itu masalahnya," tambah suami sama.
Itu antara rintihan biasa dilontarkan sebilangan suami setia, berhempas pulas mencari rezeki secara jujur.
Ringkasnya, setiap isteri pasti sudah mengenali sikap lelaki mereka tiduri sekian lama. Lelaki, ayah kepada anak mereka. Lelaki selama ini bersama mereka dalam keadaan susah dan senang dan lelaki mengepalai keluarga.
Itu kisah suami.
Lazimnya, remaja atau orang bujang berbeza kisahnya.
Mereka bercinta. Perempuan menggelar teman lelaki mereka, boyfriend, bf, singkatannya. Manalala lelaki pula merujuk teman wanita mereka sebagai girlfriend, gf.
"Apa fasal tadi tak bagi tahu you pergi mana?," tanya gf garang.
Lelaki ingin menjaga hati selalunya hanya berdiam diri dan membenarkan dirinya dileteri. Dileteri hanya kerana tidak memaklumkan gf berhubung pergerakannya.
Sebilangan pasangan muda, mengambil tindakan mudah. Mereka menggunakan kemudahan sistem telekomunikasi, friend finder. Kemudahan itu memudahkan mereka saling mengesan kedudukan gf atau bf masing-masing.
Usah tersenyum, saya pasti ada antara pembaca pernah melalui pengalaman getir sebegitu.
"Aku tak boleh keluar nanti Ina guna friend finder, mampus aku kalau dia tahu aku berada di tempat hiburan," ujar bf.
Tetapi ingat, lelaki terlalu terkongkong berkemungkinan menggunakan 9 akalnya untuk melakukan perkara di luar jangkauan pemikiran wanita.
Cukuplah cerita berhubung friend finder, saya tidak pernah menggunakannya perkhidmatan terbabit sewaktu bercinta.Telefon bimbit masih tidak wujud ketika itu.
"Aku rimas gila, gf asyik asyik call, kejap kejap SMS. Katanya risau tentang aku, kalau dia tak tahu apa jadi," keluh bf.
Kononnya, kalau pergerakan bf diketahui, perasaan gf lega.
Benarkah begitu? Atau itu hanya saya alasan kukuh, lambang ketidakpercayaan gf kepada bf?
Lambang sikap cemburu gf. Maksudnya dia khuatir jika bf melakukan perkara di luar jangkauan pemikirannya.
"Bukan apa, silap silap dia dengan perempuan lain"
Kenyataan itu juga kerap dilontarkan gadis remaja. Kita tidak boleh menolak fakta, sebilangan bf memang berasa selesa sentiasa dihubungi gadis kesayangannya. At least she cares, dakwa mereka namun adakah majoriti bf berfikiran begitu?
Melalui pengamatan saya, akibat terlalu kerap diminta membuat updates, bf, lelaki belum lagi menjadi suami secara sah, mula berasa dirinya terlalu dikawal atau dikongkong.
Bayangkan, sewaktu bf bersama ramai rakan lelaki, tiba-tiba dihubungi gf.
"I dengan kawan-kawan, tak ada perempuan pun ...," ujar bf jujur.
Sebelum panggilan telefon diputuskan, tersipu-sipu bf akan memperlahankan suaranya.
"I love you," katanya.
Tidak berpuas hati, gf spontan menuntut 3-letter word itu diulang dengan nada lebih kuat.
Pastinya dia tertekan, begitu juga rakan di sekeliling. Mereka bukan sahaja merasai tekanan itu malahan bersimpati terhadapnya.
"Alah! Malu malu pula, cakap sahajalah," usik meraka.
Usahlah berasa terlalu yakin, kononnya lafaz 'I love you' diungkapkan bf di hadapan ramai temannya itu, lambang sebenar kesetiaan dan kasih sayang terpancar dari hatinya.
Ingat, lelaki tertekan, sedikit demi sedikit hatinya bakal memberontak.
Di masa akan datang, dia mungkin akan mengucapkan 'I love you' itu tetapi bukan kepada gf sama.
************
Hm... cemana? menarik x? aku nak tambah sket.. antara lain alasan yg slalu diberi bila isteri tipon ialah "sorry x dengar. Phone abg silent kan tadi masa meeting / semayang. lupa nak tukar" or "sorry x dengar. Hp tertinggal dalam kereta". So, bila tanya x vibrate ke tipon tu? Jawapannya: "Ntah. X rasa pon!". Ataupun, "x dengar bunyik phone. rosak kot tipon nih." or "sorry x dengar. radio kuat sangat". or "sorry, bukan x nak kol balik, x perasan ada missed call." Cenggitu ler... hehe..
Pompuan memang ada very good instinct. Itu memang aku percaya. Papa pon, semua kejadian ada hikmah nyer. Allah lebih mengetahui... sabar je la ek... :P
0 comments:
Post a Comment