Welcome to our blog

August 13, 2011

Ya Allah!! Berantakan!!

Semalam macam biasa... sampai depan rumah hubby akan bunyikan hon 'Ten! Ten!".  Maka akan bertempiaran lah anak2 ku di dalam rumah termasuk Dani.  Ada yg kelam kabut nak carik kunci rumah nak tlg bukakkan gate (slalunya si Ecah, Is & Amirul), ada yg trus masuk bilik air utk mandi (slalunya si Farah.  Takut kena marah x mandi lagi), Dani cam biasa... tunggu kat depan grill.  Kalau grill tu bertutup lah.  Kalau x, dia pon kluar nak gi bukak gate jugak.  

Smalam Amirul keluar membawa surat dari tadika dia.  X sempat turun kereta lagi dia dah bagi surat soh Abah dia baca dan tunggu sampai abis baca.  Pas tu dia tanya.. "Dah?  Dah baca dah?  Dah faham?"... angguk je lar.

Masuk je rumah, slalunya perkara pertama yg keluar dari mulut aku.. "Anak2!  Tolong amik beg2 korang ni bawak naik atas.  Jgn biar bersepah depan pintu... depan tangga... Nak berjalan pon susah.  Nanti Dani 'baca' buku korang ni nangis Ummie nak ganti balik.  Beg bukan reti nak zip!".  Kalau dulu memasing liat jer nak bawak beg naik atas.  Kejap lah... nanti lah.... Sebulan, dua bulan, cenggitu jugak.  Maka pada satu hari, aku letak semua beg2 tu kat luar pagar dekat ngan tong sampah.  X cakap banyak dah.  Kelam kabut dorang kutip balik bawak naik atas.  And they learnt their lesson.  Sejak dari hr tu, aku x bising dah pasal beg nih.

Tapi semalaaamm.... terkejut beruk tengok rumah.  Seme pasal Dani.. cemana nak marah?  Dia sengih jerr.. Tengok la ni...




Satu lagi yg dia suka buat, masuk bawah meja, tolak kerusi makan jejauh.  Itu lah antara hobi dia skang selain menyembur dan tengok K-Pop.  hehe...

Permainan yg dia suka main ialah kejar2 n nyorok2.  Makan pon dah banyak skarang nih.  Perut pon dah boncit.  1 Aug aritu dia start berjalan lebih dari 2 langkah.  Skang ni kengkonon nak berlari.  Tapi setiap kali jatuh cecepat dia bangun and nak berlari lagi.  Memang kena ikot jer dia skarang.  X leh tinggal.  Sejak dah tinggi sket nih, seme benda dia nak capai.  Apa pon dh x leh letak atas meja.  Barang2 kat atas dressing table pon kena susun tepi2 dekat ngan cermin.  Rumah memang tip top sepahnya.

Farah yg dulu sibuk nak adik, skang ni dia kata serender.. Ummie jgn la beranak lagi.. Kakak x larat nak jaga.  Haaa... rasakan!

Baru jap tadi Is gaduh ngan Ecah.  Aku pon trus intai and pasang telinga dari atas.  Maka kedengaran la si Farah marah Is.  Ecah menangis.  Dani tercengang2.  Amirul tido.    Pas tu datang lah si Farah mengadu kat aku. "Ummie!  Tadi Is pukul Ecah ngan remote tv kat muka ngan badan!  Dia marah sebab Ecah bising main ngan Dani!".

Aku x kesah kalau setakat gaduh jer.  bab pukul-memukul ni yg aku x leh tahan!  Menyirap dengar!  Trus aku panggil dia naik atas.  Lepas 3 x panggil baru dia naik.  Tau aku nak bagi tazkirah kat dia. Air mata dia dah bergenang.  "Kamu ni kalau marah jer nak pukul org.  Sikit2 pukul.  Sampai bila nak camni?  Asyik nak belasah orang jer? Pergi masuk bilik sekarang dan jangan keluar sampai Ummie suruh!".  Menangis la dia kena duduk dalam bilik.

Is memang baran sket.  Ikut aku la tu... mungkin sebab darah 'pahlawan' yg mengalir dalam badan kitorang ni kot.. hehe... tapi aku memang risau ngan perangai dia yg bila marah jer kaki tangan semua naik.  Ecah plak mulut boleh tahan.  X padan ngan badannya yg kecik tu.  Kalau dorang gaduh, Farah la tukang leraikan.  Kalau Farah marah pon dorang x melawan.  Bagus ler.  Kalau aku x de, Farah la tempat dorang mengadu.  

Dani akan jadi penonton setia which is not good.  Kalau banyak sangat yelling and shouting, dia akan nangis.  Cenggini la hehari.  Gaduh... baik ... gaduh... baik... pening kepala kengkadang tu.  Slalunya aku biarkan jer dorang gaduh.  Dh x larat nak tegur.  Kalau ada yg menangis, aku suruh diam.  Tapi kalau kaki tangan naik, atau perang mulut berlarutan berjam2, baru aku masuk campur.  Setakat gaduh sikit2, pepandai dorang la settle sendiri.  

Bukan senang beranak ramai nih.  Itu baru bab gaduh.  Belum bab lain lagi.  Tapi bukan semuanya teruk.  Kalau salah sorang x de, they will miss each other.  Kalau sorang sakit, seme tolong jaga.  Itu la adik-beradik.

Iskandar.. walaupun dia suka blasah adik2 bila gaduh, tapi dia cam ustaz sket.  Kengkadang kitorang pon kena tegur.  Alhamdulillah lah.  

Amirul - yg paling melekat ngan aku.  Terharu bila dia belikan vitamin E utk aku lepas gi lawatan sekolah kat kilang Brands kat Shah Alam.  "Untuk Abah x de?"  tanya Incik hubby.. "X de.  Adik beli utk Ummie jer."  Sibuk ingatkan aku utk makan hari2.  "Adik x sayang Abah ke?" tanya Incik Hubby.  "Sayang.. tapi Adik lagi sayang Ummie"... hehehe... jangan jeles... aku x pernah manjakan dia pon.  Tapi dia la yg paling melekat ngan aku.  Kengkadang bila aku balik keje, dia tanya ... "Ummie penat ke?".. aku angguk jer.. trus dia picit kaki ngan tangan aku... pas tu Abah dia pon mintak picit.  Trus dia jawab "Ala.. adik penat laaa.." hehehehe... Ecah pon volunteer la picit Abah dia.  Ecah memang melekat ngan Abah dia jer.  

Dani... dia melekat ngan seme orang.  Manja kemain.  X pe ler.  kecik lagi.

Cenggini la kehidupan Shamimie hehari.  Incik hubby hanya akan masuk campur kalau aku dh x leh handle anak2.  Kalau x, dia relax jer.  Aku percaya, korang pon cenggini gak kan!  Inilah kehidupan org yg dah berkahwin n beranak.  Tol x?  But they are still my precious... my valuable treasure.. my love... no matter what.

0 comments:

my slideshow

My Trip

Phuket Trip Slideshow: Shamimie’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Phuket, Thailand was created by TripAdvisor. See another Phuket slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.