Hari ini merupakan hari ke 24 umat islam berpuasa. Lazimnya masing-masing berebut-rebut pulang ke rumah untuk berbuka bersama keluarga tersayang. Bagaimanapun, hasil tinjauan kami di beberapa lokasi di sekitar ibu kota mendapati semua kedai makan penuh dengan umat Islam yang mungkin tidak sempat untuk pulang ke rumah dan memaksa mereka untuk berbuka di luar. Atau mungkin juga mereka sengaja berbuat demikian kerana ingin berbuka bersama-sama teman atau mungkin juga kekasih gelap/terang mereka. Bagaimanapun, ada juga yang terpaksa berbuka sendirian. Apa pun, janganlah kerana terlalu ghairah berbuka di luar sehinggakan terlupa mereka yang setia menanti di rumah. Apakah juadah berbuka mereka sehebat kita?
Mungkin ramai juga yang terpaksa berbuka di dalam pengangkutan awam. Juadah berbuka pastinya tidak sehebat mana. Saya sendiri mempunyai pengalaman begitu.
Hari ini kami terpaksa berbuka di luar. Selepas memaklumkan anak-anak di rumah, kami memilih lokasi di Bandar Baru Selayang untuk berbuka. Pukul 7pm semua restoran telah pon penuh. Lalu kami pon masuk ke sebuah restoran yang agak kosong. Mungkin kerana masih baru dan belum lagi gah atau sehebat restoran-restoran di sekelilingnya seperti Tuu Dia Pak Tam, Air Buah Gelas Besar, Rumpun Selera atau pun Nasi Lemak Ujang. Nama restoran yang kami terjah ini ialah Bikers Point.
Bila ditanya apa yang istimewa di sini, kami diberitahu ikan bakar adalah signature dishnya. Lalu kami pon mencuba ikan bakarnya.
Bagaimanakah rasanya? Bagi saya, masih belum dapat menandingi kehebatan ikan bakar Fendi Ikan Bakar di Kelana Jaya. Tapi bagi suami, sedap katanya. Cuma dia sakit perut lepas makan sebab banyak sangat cili api yang ditelannya. Tak pe lah. Ini rezeki kami untuk hari ini. Alhamdulillah.
Semoga Allah limpahkan lagi rezeki untuk kami sekeluarga dan anda semua. Insyaallah.
P/S: hehehe.. terpengaruh dengan cara penulisan Mazidul Akmal Sidek... sama x? sama x? mesti la TAKK!!
Sekali-Sekala Menulis, Mana Cukup Satu
1 day ago
0 comments:
Post a Comment