Ya Allah!
Kau ampunilah dosa yang telah aku perbuat
Kau limpahkanlah kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah!
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash
berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku ke titianMu
kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di JannahMu
limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah terbaik untukku di duniaMu
peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi.. Ya Allah!
sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkan aku jalan terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu
limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah!
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan
bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
berilah aku petunjuk ke arah rahmatMu
Ya Allah!
bimibinglah aku....
3 comments:
doa byk2 pd DIA..
ALLAH sentiasa mendengar..:)
:P.. thanks Juliet iRa...
welcome..:)
Post a Comment