Welcome to our blog

December 22, 2011

Cinta.. Tiada akhirnya.. kesinambungan Ombak Rindu...

Sapa yg dah baca buku Ombak Rindu and dah tengok movie dier jugak, ni ada sambungan citer Ombak Rindu yer adik2... Tajuk novel ni Cinta.. Tiada Akhirnya.... Penulis still Fauziah Ashari tapi penerbit dia bukan Alaf 21.  But INTENS.

Jom tengok sinopsis dia....

Rentetan Perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta....Tiada Akhirnya.

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah.....CINTA .....TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.

Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, CINTA....TIADA AKHIRNYA, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.


Jom tengok plak petikan dari novel:

"Sabarlah. Kami telah menemui mayat seseorang yang sukar dikenali identitinya. Daripada hasil siasatan kami, banyak kemungkinan mayat itu isteri Encik Hariz tetapi mungkin jugak bukan. Encik Hariz boleh mengecam mayat dan untuk memastikan lagi, pihak forensik akan mengambil ujian DNA ke atas mayat itu"

Lagi....

Hari berganti hari, minggu bertukar dan kini hampir dua bulan Hariz hidup tanpa Izzah. Keputusan positif DNA ke atas mayat itu masih menghilangkan segala semangatnya untuk hidup.

Lagi...

"Abang Hariz dah ada pengganti Kak Izzah?" spontan Elin bertanya.  "Nanti abang kenalkan dia dengan Elin." "Abang Riz cintakan dia?" Hariz terkesima.  "Sudah tiba masa ada pengganti Kak Izzah, bukan?"

Jeng.. jeng.. jeng.... ahaks!

Actually aku sendiri x sangka aku ada novel ni kat umah.  Niat nak baca balik semua novel yg ada kat rumah sementara tunggu tren and dok dalam tren... hilangkan kebosanan dan kepeningan tengok orang ramai cam semut kat stesen n dlm komuter.  Tup tup pagi ni terpegang novel ni sebab ternampak nama Fauziah Ashari.  So, teruja sat.  Pecut kereta lelaju sebab nak cepat sampai KTM Rawang and x sabar nak baca novel nih.  Huhu.... dah lama kot buku ni... aku pon dah lupa cemana citer dia.... ni yg nak buat revision nih... ngeee...

Dulu cover novel dia cam yg kat atas tu.. skang ni dah ada cover baru ....



Better look kan?  So, sesapa yg blom baca lagi, sila lah yer.... agak2 dorang nak buat x movie Ombak Rindu Part 2?  Hihi.. harus ku seret hubby gi tengok kalau dorang buat.  Hubby pon minat! hihi....

Okeh.  Nak sambung buat keje... have a nice day ahead peeps! 

0 comments:

my slideshow

My Trip

Phuket Trip Slideshow: Shamimie’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Phuket, Thailand was created by TripAdvisor. See another Phuket slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.