Welcome to our blog

May 30, 2011

Mangsa terbaru Acid Splasher

KOMA...Khairul Zaman melecur teruk hingga paras pinggang.
JOHOR BAHRU: “Mereka yang melakukan ini dayus. Akibatnya suami saya bukan saja melecur hampir keseluruhan muka dan badan hingga ke paras pinggang, malah cacat penglihatan seumur hidup,” kata isteri kepada mangsa simbahan asid, Zaiton Aris, 50, semalam.
Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, akibat perbuatan itu suaminya, seorang pemandu teksi, Khairul Zaman Jaiman, 47, bertarung nyawa di Wad Rawatan Kebakaran di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Menceritakan insiden menyayatkan hati itu, Zaiton berkata, kejadian pada jam kira-kira 12 tengah hari, 5 Mei lalu apabila teksi suaminya ditahan dua lelaki menaiki Proton Saga warna putih di Jalan Sena di Taman Rinting, di sini, iaitu satu kilometer dari kediaman mereka.
“Saya difahamkan, dia memberhentikan kenderaan apabila dua lelaki mahu bertanya arah. Apabila suami menurunkan cermin kenderaan, seorang daripada mereka menyimbah asid ke muka suami.

“Suami meraung kesakitan sambil meminta tolong sebelum orang awam yang berada di lokasi menyiram air dan menghantarnya ke hospital,” katanya.
Dipetik dari Harian Metro online.

Wah! Dah tukar modus operandi nampaknya psycho nih.. dah naik kereta.... skang ni bukan pompuan je jadik mangsa... lelaki pon harus berhati2 selepas ini.  Dari KL dah pindah ke Johor... sian si Khairul nih.  Niat baik tapi mudarat diri sendiri plak.  Ish ish ish... so, moral of the story nyer apa?  Don’t talk to strangers.  Ok?  Nak Tanya jalan ke… nak berkenalan ke… nak buat survey ker…. Apa plak idea si splasher ni selepas ni…. Cepat la sket kena tangkap.  Penjara seumur hidup!  Biar reput dalam penjara tu… kalau nak lagi adil, splash balik acid kat muka dorang tuh.  PADAN MUKA!!!  Apa dorang ni dpt ek buat orang cenggini ??  

1 comments:

Unknown said...

Tapi dua orang tu tak kena asid pun apa kata keluarkan mereka dari penjara dan simbah asid sama seperti mangsa bagaimana baru bijakkan tambahan pula rupa mereka sama macam mangsa aaaa itu efisiensi bukan kalau dah buta seumur hidup bukan penjara hukuman nya tapi mengapa mereka tak buat kat menteri menteri simbah kat muka takut kena tembak kut...

my slideshow

My Trip

Phuket Trip Slideshow: Shamimie’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Phuket, Thailand was created by TripAdvisor. See another Phuket slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.