Pagi tadi dengar kat radio issue pasal kenapa orang skang ni kawen lambat. Sebab yg paling utama bagi lelaki n perempuan kawen lambat is because terlalu sebok bekerja..... x sempat nak kawen.. x sempat nak carik pasangan...
hmm.. ada jugak pompuan yg sempat carik tapi sempat carik laki orang jer... sebab kat tempat keje dia lelaki seme dah kawen.. so, hehari jumpa laki orang jer.. so, layan je la laki orang pon.... APAKAH? aku MENCI pompuan jenis nih!
arini memang ramai yg kawen dengan pasangan yg sama tempat keje.. cam aku ngan laki aku ler.... senang gak sebenarnya. makan sama... gi keje n balik keje sama... jimat masa, tenaga dan wang ringgit. tp skang dah lelain tempat keje... so, tu seme dh x leh buat dah. memasing buat hal memasing. dh x macam dulu.. memana pergi memang berkepit jer.. orang dok panggil kitorang ni belangkas. sapa jer yg x kenal kitorang kat opis lama dulu... cewah! tapi itu duluuuuuuuu......
tu la dia.... lumrah hidup, bila single nak double, bila bujang nak kawen, bila dah kawen nak beranak, bila dah bernak pinak nak rasa single balik... blajar pon cenggitu gak... bila time blajar nak keje... bila dah keje nak blajar balik.... manusia memang x akan pernah puas.
ada gak yg nak kawen tapi x dapat restu mak bapak..... sebenarnya restu mak bapak ni memang penting sebab tanpa restu dikhuatiri x berkat perkahwinan tu.... susah gak. tapi kalau dah CINTA tu... slalunya apa pon nak jadik.. jadik la... tul tak? mak bapak blakang kira.... itu kautim later. tapi slalunya cucu la yg dpt mencairkan hati atuk ngan nenek... so, beranak la cecepat ek!
Tapi sebelum kawen tu, tanya diri sendiri, dah sedia ke nak pikul tanggungjawab? nak hadapi semua dugaan? kena mentally and physically prepared. bukan tau sronok jer.. takut sronok sat jer...
My youngest sister is also getting married... very soon.... next month je..... all the best to you sis!
Kahwin itu sunnah Rasullullah. So, yg belum kawen tu, kawen la cecepat...
To all Muslim guys out there... sunnah nabi ni banyak... tp yg paling favourite buat korang memang bab kawen la kan! tepuk dada tanya la iman.... MAMPUKAH ANDA??? Semoga anda mampu menjadi pemimpin yg adil dan saksama.
Ingat! pada hari Akhirat esok, semua makhluk berada di bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah
Good luck to all bakal pengantin, pengantin baru dan pengantin lama... semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah. Amin!
Sekali-Sekala Menulis, Mana Cukup Satu
5 weeks ago
0 comments:
Post a Comment