Welcome to our blog

December 28, 2011

Demam!


Skang ni bukan saja musim demam Ombak Rindu, tapi juga memang musim demam… because of the wheather i guess...


A week after Is admitted due to asthma, he got fever for 1 week. After that, Dani took over for another week. Then, me… 4 days. And now my daughters… both okeh! Having fever since Saturday.


So, all school preparations memang dibuat dalam keadaan kelam kabut. And Amirul and Farah still haven’t got their new school bag. Hmm.. today, hubby coming back and we’re going to buy Amirul’s school bag. Hmm.. all last minute. Tomorrow is his orientation day already. Actually I don’t like last minute work. But time goes by very fast and there's so much to do…. And 2012 is approaching. *thinking.. am I doing better this year?* And I was really busy with work, and kids...


Talk about school preparations… hmmm… Money! Money! Money! 4 kids going to school… imagine that! But Alhamdulillah.. Allah permudahkan segala urusan so far.. Thank you Allah…


Yesterday went back and suddenly my MIL tercegat kat rumah. Terkezut! Melawat cucu yg demam katanya… thanks mak! *errr.. kena behave la ni? Adoi… Mimie.. behave okeh! Itu bukan Mama.. itu Mak!*


Just now mak called to inform that she’s going home today. Told mak to wait for me so that I could send her home but she said my BIL coming. She’s going back with him by motorbike. Ok lah. Then.. jeng jeng jeng!!! She asked me something that made my heart almost jump out!


Mak : Mak nak gi Padang hari Sabtu ni… 3 hari kat sana.


Me : Okeh. Gi ngan Pak Nyep seme kan?


Mak : Ha’ah. Tu la mak nak pinjam beg Mimie yang warna merah kat atas tu.


Me : Beg merah? Beg merah yg mana? Mimie x de beg besar warna merah.


Mak : Bukan. Beg kecik warna merah yg kat atas dalam bilik Mimie tu..


Me : Ha? Beg tu? Handbag besar tu? Yang warna merah tu? X kecik ke mak nak letak baju? *dug dag dug dag dug dag*


Mak : Mak nak pinjam kalau boleh la.. mak x nak bawak banyak baju pon. Tu la ingat nak pinjam bag tu.


Me : *aduh! Beg kesayangan akuuuu....* Oh! Beg tu.. ha. Boleh! Boleh! *uuwwwaaaaa!!!* 3 hari ek mak? *uuuwwwaaaa!!! Abaaannngggg!!! Tolonggggg!!!!* Boleh mak.. x de masalah... *uuwwwwaaaaaa!!! Tolong la jaga bag tu lek elok ye maakkk.. tolong laaaaaa... uuuwwwaaaaa... x sempat nak babai bag tu pon... uuwwwaaaaa*


Mak : K. Boleh ek... terima kasih..


Me : Sama-sama *uuuwwwwwaaaaaaa... jaga diri bebaik ya beg kuuuuu.... i’m gonna miss youuuuuu... uuuwwwaaaa!!!*


Hatiku gundah gulana.... x pe la.. berbakti pada ibu mertuaku… aduh! Mak... tolong jaga beg tu lek elok ekkkk.. beg tu Ijam bagiii.... kaler merah tu mak!... tolong ek mak... tolong ek..... Aduh!  Demam rindu la akuuuu...... *teruk tol menantu mak sorang ni kan! (Tangan kat bahu)*


December 23, 2011

Hanya kepadaMu aku mengadu....

Ya Allah!
Kau ampunilah dosa yang telah aku perbuat
Kau limpahkanlah kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah!
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash
berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku ke titianMu
kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di JannahMu
limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah terbaik untukku di duniaMu
peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi.. Ya Allah!
sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkan aku jalan terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu
limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah!
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan
bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
berilah aku petunjuk ke arah rahmatMu

Ya Allah!
bimibinglah aku....

December 22, 2011

Mendidik hati supaya sabar..

A christian friend of mine asking me if there's any verse in the Quran about sabar coz she wanna forward it to her Muslim friend who's having problem with her husband.  Apa kes lagi... suami curang la.... and now in the process of divorce... her friend is so down and demotivated so, she wanted to help her... and thanks to her, I've gained some knowledge today and also as a reminder to me.  So, wanna share with you guys also... semoga beroleh manfaat.... let's teach and train ourselves to be more sabar and learn to accept the Qada' n Qadar... sila redha ya.. bukan pasrah jer...

Some hadith about sabar...


1. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 


"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 


(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 


Kesimpulan Hadis: 


i- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa. 


ii- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut


2. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: 


"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " 


(Hadis riwayat Imam Bukhari).  

Kesimpulan Hadis: 


i- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman. 


ii- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.




3. Kesabaran merupakan dhiya’ (cahaya yang amat terang). Dengan kesabaran inilah, seseorang akan mampu menyingkap kegelapan. Rasulullah SAW mengungkapkan, "…dan kesabaran merupakan cahaya yang terang…" (HR. Muslim) 


4. Kesabaran merupakan sesuatu yang perlu diusahakan dan dilatih secara optimum.(bersungguh-sungguh). Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "…barangsiapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar…" (HR. Bukhari) 


5. Kesabaran merupakan anugerah Allah yang paling baik. Rasulullah mengatakan, "…dan tidaklah seseorang itu diberi sesuatu yang lebih baik dan lebih lapang daripada kesabaran." (HR Bukhari dan Muslim) 


6. Kesabaran merupakan salah satu sifat sekaligus ciri orang mukmin, sebagaimana hadis.. 


"Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, kerana segala perkaranya adalah baik. Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur kerana (ia mengatahui) bahawa hal tersebut adalah memang baik baginya. Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut adalah baik baginya." (HR. Muslim)


7. Seseorang yang sabar akan mendapatkan pahala syurga. Dalam sebuah hadis digambarkan: 


Daripada Anas bin Malik ra berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah berfirman: "Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan kedua matanya, kemudian dia bersabar, maka aku gantikan syurga baginya". (HR. Bukhari). 




8. Sabar merupakan sifat para nabi.  


Ibnu Mas’ud dalam sebuah riwayat pernah mengatakan: Daripada Abdullah bin Mas’ud berkata: "Seakan-akan aku memandang Rasulullah SAW menceritakan salah seorang nabi, yang dipukul oleh kaumnya hingga berdarah, kemudian ia mengusap darah daripada wajahnya seraya berkata, "Ya Allah ampunilah dosa kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui".  (HR. Bukhari)




9. Kesabaran merupakan ciri orang yang kuat. 


Rasulullah SAW pernah menggambarkan dalam sebuah hadis; Daripada Abu Hurairah ra berkata, bahawa Rasulullah bersabda, "Orang yang kuat bukanlah yang pandai bergusti, namun orang yang kuat adalah orang yang memiliki jiwanya ketika ia sedang marah". (HR. Bukhari)




10. Kesabaran dapat menghapuskan dosa. 


Rasulullah SAW menggambarkan dalam sebuah hadisnya; Daripada Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda; "Tidaklah seorang muslim mendapatkan kelelahan, sakit, kecemasan, kesedihan, bahaya dan juga kesusahan, hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengan hal tersebut". (HR. Bukhari & Muslim)




11. Kesabaran merupakan suatu keharusan. 


Seseorang tidak boleh putus asa hinggakan dia menginginkan kematian. Sekiranya memang sudah sangat terpaksa hendaklah ia berdoa kepada Allah, agar Allah memberikan hal yang terbaik baginya; apakah kehidupan atau kematian. Daripada Anas bin Malik ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda;  "Janganlah salah seorang di antara kalian mengangan-angankan datangnya kematian kerana musibah yang menimpanya. Dan sekiranya ia memang harus mengharapkannya, hendaklah ia berdoa; "Ya Allah, teruskanlah hidupku ini sekiranya hidup itu lebih baik untukku, dan wafatkanlah aku sekiranya itu lebih baik bagiku". (HR. Bukhari Muslim)


Verses from Quran about sabar….


1. Sabar merupakan perintah daripada Allah SWT.  


"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah 2:153)


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)". (A-li'Imraan 3:200 


"Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim". (Yunus 10:109)


"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan". (Hud 11:115) 


"Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan". (Al-Nahl 16:127)


2. Pujian Allah kepada orang-orang yang bersabar:


".... dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa". (Al-Baqarah 2:177)


3. Allah sangat mencintai orang-orang yang sabar.


"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mencintai orang-orang yang sabar". (A-li'Imraan 3:146) 


4. Kebersamaan Allah dengan orang-orang yang sabar. 


"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar". (Al-Anfaal 8:46) 


5. Larangan isti’jal (tergesa-gesa).


(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik - derhaka. (Al-Ahqaaf 46:35)


6. Mendapatkan pahala berupa syurga dari Allah.


"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; - (Ar-Ra'd 13:22) iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; - (Ar-Ra'd 13:23) (Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. (Ar-Ra'd 13:24)


A doa' from Quran..


Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (An-Naml : 19) 

Actually all the above amik dari Didik Hatiku blog.  Semoga aku berjaya mendidik hatiku... Amin!

Pelajar cemerlang kahwin gay...

Hamek ko!  3 posts in a day... saja nak mengada2 sket arini blogging... still early to start work.  malas la plak rasa.... bos x de tapi cam x de maknanya... kerja sama je banyak nyer bos ada ke x.... hmm..

Okeh.  nak kongsi citer yg korang mungkin pon dah tau tapi x kira.. nak citer jugak... actually amik dari link nih.. Nurizspace.com. 

Ni pasal Arif Alfian, 28 thn, yg parents dia kuar tv bebaru ni cakap anak dia hilang.  Arif Alfian ni seorang pelajar cemerlang dlm SPM and bekas pelajar tajaan Petronas.  Sebab dia x abis belajar, khabarnya parents dia kena bayar balik kat Petronas sejumlah wang yg banyak *doih!  skema nyer ayat*.  Sian parents dia.. menyusahkan mak bapak betol. 

To cut the story short, Arif ni sebenarnya x hilang tapi dah kawin ngan gay namanya Jonathan.  Tengok gambar kawen kat bawah.  Citer selanjutnya baca di sini... Aku nak kongsikan gambar dia jer.... x dpt bayangkan cemana perasaan parents dia.... nauzubillah...









Dia cakap cenggini kat media...

“I feel I have been inadvertently thrust into the public eye. I just want to get by without upsetting anyone or causing any trouble. My overriding concern is for my family,”


“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,”


Hmm.. tiada apa yg mampu menggoncang keimanan saya?  *jaw drops... eyes almost pop out*

Hope Allah will lead him back to the correct path... Amin.

Duit kertas Malaysia yg baru....

Assalamualaikum!

Terbaca pasal tajuk kat atas tu dari blog Cik Epal.  Cantik jugak duit kertas baru ek.. warna warni.... tengok nih...



Duit RM20 kaler kuning okeh!  I looiikkeee!

my slideshow

My Trip

Phuket Trip Slideshow: Shamimie’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Phuket, Thailand was created by TripAdvisor. See another Phuket slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.